Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Peluang nikmati makanan tanpa rasa waswas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MAKANAN KOREA HALAL

Peluang nikmati makanan tanpa rasa waswas

Jun 23, 2019 | 05:30 AM



SELAMA 13 tahun syarikat Ministry of Food menawarkan pelbagai sajian di banyak rangkaian restorannya.



Tapi hanya sejak sekitar dua tahun lalu barulah idea untuk mendapatkan sijil halal bagi salah satu jenamanya timbul.



Sebabnya: Banyak pertanyaan tentang sajian Korea asli yang mampu memberikan cita rasa penduduk setempat khususnya golongan Muslim.



Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Ministry of Food, Cik Lena Sim Chee Hwee, kemudian mengambil keputusan memperkenalkan sajian Korea halal dengan mendapatkan tukang masak asal Korea yang membantunya dalam persediaan sajian yang diperlukan.



"Namun tidak mudah seperti yang disangka.



"Sebabnya golongan cef ini agak sukar mengubah bahan-bahan bagi persediaan sajian asli mereka.



"Seperti yang diketahui, kebanyakan sajian asal Korea ini tidak memenuhi kriteria pensijilan halal.



"Maka saya sendiri terpaksa menerangkan kepadanya tentang betapa pentingnya peraturan itu dipatuhi," ujarnya.



Akibatnya Cik Sim, yang berusia dalam lingkungan 40-an tahun berkata, proses permohonan pensijilan halal mengambil "tempoh yang agak lama" untuk restoran barunya itu.



Beliau menganggarkan tempoh sekitar setahun setengah terpaksa dinantikannya semata-mata untuk diberi kelulusan pensijilan halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Kini, jenama Hanssik Korean BBQ Buffet mempunyai dua cawangan - di pusat beli-belah West Mall yang terletak di Bukit Batok Central Link dan sebuah lagi di Clementi Mall yang terletak di Commonwealth Avenue West.



Dibuka dari 12 tengah hari sehingga 10.30 malam setiap hari, restoran tersebut boleh menampung sehingga 80 pelanggan (West Mall) dan 120 pelanggan (Clementi Mall).



"Saya membesar dikelilingi ramai rakan Melayu. Sehingga kini saya masih berurusan dan berhubungan dengan mereka.



"Jadi apabila mereka dapat tahu akan restoran baru ini, sudah pasti mereka gembira,'' katanya,'' kata Cik Sim.



Atas respons yang dianggapnya di luar dugaan, beliau telah mendapat banyak pertanyaan sekiranya akan terdapat cawangan di kawasan timur Singapura.



"Selepas melalui kesukaran untuk mendapatkan pensijilan halal di peringkat awal, kami dapati proses permohonan selanjutnya lebih lancar.



"Sudah pasti kami akan pertimbangkan membuka cawangan-cawangan selanjutnya memandangkan respons yang diterima amat baik.



"Ini termasuk di timur dan barat Singapura," katanya.



Kesemuanya Ministry of Food mempunyai 35 rangkaian restoran termasuk Hanssik Korean BBQ Buffet serta Terminal M di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, dengan enam gerai makan yang menyediakan sajian Cina dan Korea yang juga halal.



Bagi memastikan mereka memahami erti pensijilan halal yang dimohon, abang Cik Sim, Encik James Sim Chee Seng, 48 tahun, telah menjalani latihan berkaitan penyeliaan halal selama dua hari.



"Ia memang kursus yang amat berguna buat saya, memandangkan kami menyediakan sajian halal.



"Banyak yang dikongsi.



"Antara lain cara menerima bahan-bahan masakan, selain memastikan semua prosedur dipatuhi," jelas Pengurus Besar syarikat itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >