JIWA usahawan yang membara ternyata menjadi pembakar semangat Cik Haslinah Hashim untuk tidak berputus asa meskipun perniagaannya agak terjejas menyusuli kurangnya pelanggan yang melanggani kedainya sebelum ini.
Berbekalkan semangat itulah yang membuat beliau memilih mengalihkan perniagaan daripada sebuah kedai berhawa dingin ke sebuah gerai pusat makanan biasa.