Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Promosi hebat Agrobazaar sepanjang Syawal

Jul 18, 2016 | 12:18 PM



SALAM Syawal untuk semua!



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua dan di bulan yang mulia ini masanya untuk anda berkunjung ke rumah sanak saudara dan teman-teman yang mungkin sudah lama anda tidak berhubung.



Agrobazaar Singapura tidak ketinggalan untuk menyajikan anda promosi dan aktiviti menarik sepanjang Syawal ini.



Kalau ianya dari Agrobazaar Singapura, mesti produk dan promosinya best dan berkualiti.



Demo masakan Horeca@Big Box



Setiap hujung minggu di Big Box, Agrobazaar Singapura (ABMS) akan mengadakan demo masakan produk Horeca, produk masakan popular dari ABMS.



Mana tahu anda nak cuba menu baru untuk anda hidangkan pada tetamu, anda boleh saksikan demo masakan ini dan tanya tip-tip masakan pada cef bertugas.



Busking Corner@Verandah






Sesuatu yang baru bakal dibawa ke Agrobazaar Singapura, iaitu Busking Corner@Verandah!



Band busking indie dari Singapura akan menghiburkan anda ketika anda menjamu selera di Verandah.



Kalau anda membawa kekasih anda untuk hidangan makan malam sambil berlatarkan muzik busking, pastinya detik tersebut itu jadi lebih indah.



Ehem, kalau anda nak minta lagu untuk dinyanyikan, pasti tiada masalah.



Bufet Pesta Durian



Undangan terbuka untuk semua pencinta durian!



Anda boleh makan semua jenis durian (tidak termasuk musang king) dalam masa 45 minit.



Berikut butir-butir Durianlicious Party:



Tarikh: 6-7 Ogos & 20-21 Ogos



Masa: 5.15 petang - 6petang (pusaingan pertama) dan 6.30 petang - 7.15 malam (pusaingan kedua).



Harga: $66 (untuk seorang), $116 (untuk dua orang)



Memang terujalah kalau peminat durian mendengar promosi ini.



Sebiji durian pun anda sudah sedia maklum mahal kan?



Buffet ini bukan setakat makan durian sahaja.



Terdapat juga buah-buahan tempatan lain yang dihidangkan bersama serta menu hi-tea istimewa untuk mereka yang menyertai buffet ini. Berbaloi!



Promosi hebat bersama HomeTeamNS





Promosi untuk anggota HomeTeamNS ini bermula dari bulan Syawal hingga Disember 2016.



Menarik betul promosi ini sebab anda boleh mendapat potongan harga sebanyak 20 peratus untuk barangan yang terdapat di Agrobazaar Singapura, buah segar dengan potongan 10 peratus, dan jika anda berbelanja $38 dalam satu resit anda berpeluang menangi hadiah.



Kalau anda ke Singapura jangan lupa serbu Agrobazaar Singapura untuk menikmati promosi yang hebat sepanjang Syawal ini.



Kalau anda beraya bersama saudara di sini pun seronok juga.



Sambil bersembang, sambil pekena Kopie Satu.



Selamat berhari raya dari Agrobazaar Singapura!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >