Resipi Cef Lin mudah dan cepat dimasak

KESIBUKAN dengan tugas harian menyebabkan ramai keluarga memilih makan di luar kerana tidak sempat masak.

Ekoran itu, Cef Norzailina Nordin, yang lebih dikenali sebagai Cef Lin, menghasilkan siri kedua buku masak mini Dari Dapur Chef Selebriti, yang mengandungi 12 buku

Cef Lin mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam majalah, rancangan televisyen, tunjuk cara memasak dan menjadi pengadil dalam pertandingan memasak.

Beliau telah menulis lebih 69 buku masak dan merupakan cef konsultan bagi restoran Mamanda.

Ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, resipi dalam buku masak mini ini sesuai bagi semua - yang gemar memasak mahupun yang ingin mencuba masakan baru.

Kebanyakan resipi dalam buku ini mudah dan cepat disiapkan, sesuai untuk ibu bekerja atau pelajar sibuk dengan kerja sekolah.

Antara hidangan paling digemari daripada siri terbaru ini ialah masakan Thai, masakan Nyonya dan biskut.

Buku ini boleh dibeli di semua kedai buku Popular Bookstore.

Setiap pembelian tiga buku berharga $9.90. Senaskhah berharga $4.90.

Di samping itu, ada juga promosi pembelian dengan pembelian ,yang bermakna anda membeli dua produk pada harga rendah.

Bagi promosi ini, anda dapat membeli tikar lipat yang sesuai digunakan apabila keluar berpiknik pada harga hanya $5, berbanding harga asal $14.90.

Dan pada masa sama, anda dapat membeli cangkuk 3M pada harga hanya $12. Ini penjimatan sebanyak $9 kerana harga asalnya ialah $21.

Semua ini tertakluk pada tema dan syarat.

Promosi ini juga boleh didapatkan di semua cawangan Popular, selagi stok masih ada.

Anggota Popular juga dapat menikmati keistimewaan di lebih 173 cawangan Popular di Singapura, Malaysia dan Hongkong.

Selain itu, ada pelbagai buku Melayu lain yang dijual di Popular ,termasuk, antara yang terlaris, buku Rahsia Keluarga Bestari yang ditulis oleh Timbalan Editor Berita Harian, Encik Nazry Mokhtar.