Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Asam Pedas Cili Merah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Resipi
417
0

Asam Pedas Cili Merah

Nov 29, 2013 | 04:36 PM



Bahan-bahan


1 ekor sederhana ikan daing belang (kira-kira 600 gram)


1 biji bawang besar, dikupas dan dipotong


3 ulas bawang putih, dikupas dan dipotong


8 tangkai cili merah, dibuang tangkai dan dipatah-patah


3 cm x 1 cm kunyit, dikupas dan dipotong


2 sudu teh belacan yang dihancurkan


2 sudu besar asam jawa


1 liter air


2 sudu besar minyak masak


1 batang serai, dititik


Garam secukup rasa


Caranya


Siang ikan dan potong ikut suka. Cuci dengan air bergaram dan tuskan.


Bubuh bawang besar, bawang putih, cili merah, kunyit dan belacan ke dalam jag mesin pengisar. Kisar sehingga halus dan pekat. Bubuh sedikit sahaja air jika perlu.


Campurkan asam jawa dengan air ke dalam mangkuk. Ramas dan tapis air asam ke dalam mangkuk lain. Ketepikan.


Panaskan minyak masak di dalam periuk di atas api sederhana. Tumis bahan kisar bersama-sama serai sehingga pecah minyak dan naik baunya (kira-kira 10 minit).


Masukkan air asam jawa dan kacau biar rata. Masak sehingga mendidih baru tambah ikan. Didihkan lagi kemudian renihkan selama 3 minit.


Perasakan dengan garam dan padamkan api.


Hidangkan dengan nasi putih.


Buntal landak, yu kemejan,


Sudah masak, bolehlah makan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >