Hidangan enak untuk dicuba, Berita Resipi - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Resipi0

Resipi

Hidangan enak untuk dicuba

Dec 08, 2013 | 10:21 PM

KETIKA berada di Singapura, Cik Amina El Shafei telah membuat demonstrasi memasak di Restoran Food For Thought @ Botanic Gardens bagi tetamu jemputan.

Beliau telah menggabungkan bahan masakan Timur dan Barat dalam masakannya.

Disiarkan di sini resipi beliau yang boleh anda cuba di rumah – Wonton Kacang Walnat, Lenggai Vanila dan Krim Keju Bersama Oren dan Sirap Oren (bagi empat orang).

Bahan

16 keping kulit wonton

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

130 gram krim keju Philadelphia

1 tangkai lenggai vanila, dikerik isi dan ketepikan kulitnya

2 sudu makan kacang walnat dicencang halus

Minyak sayur untuk menggoreng

Herba baby basil atau herba dill

2 biji oren

Sirap Oren

1/2 cawan jus oren segar ditapis

1/3 cawan gula kastor

Kulit lenggai vanila

Cara:

1. Potong oren untuk dapatkan ulas kecil. Perah baki oren untuk dapatkan 1/2 cawan jus yang bakal digunakan untuk membuat sirap.

2. Satukan jus oren, gula dan kulit lenggai vanila dalam periuk kecil kemudian panaskan atas api yang galak. Apabila mendidih, kecilkan api dan didihkannya selama 10 minit sehingga pekat sedikit. Keluarkan kulit lenggai vanila dan sejukkan sirap.

3. Satukan keju, kacang walnat dan isi vanila dalam mangkuk. Gaul sehingga rata.

4. Ambil sekeping kulit wonton dan isikan dengan sedikit inti keju. Basahkan tepi kulit wonton supaya mudah kulit melekat apabila dipunjut. Buat sehingga semua kulit wonton habis.

5. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng sehingga perang.

6. Hidangkan wonton hangat dengan herba baby basil atau herba dill. 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map