Ikan sumbat sambal berperisa kesturi, Berita Resipi - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Resipi0

Ikan sumbat sambal berperisa kesturi

Nov 29, 2013 | 04:28 PM

Bahan-bahannya

500 gram ikan perencong (kira-kira dua ekor sederhana besar)

1 biji bawang besar, dikupas dan dihiris

3 biji bawang putih, dikupas dan dihiris

15 tangkai cili kering, direndam dalam air panas sehingga lembut, dicuci dan ditus

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

1 sudu teh belacan yang dihancurkan

Garam secukup rasa

2 biji limau kesturi, diperah airnya

2 cawan minyak masak

Caranya

1. Buang sirip dan potong ekor ikan. Jangan buang sisiknya.

2. Belah sepanjang bahagian belakang ikan sehingga menjadi seperti saku. Buang insang dan isi perutnya. Gaul dengan garam dan cuci sehingga bersih. Tus dan ketepikan.

3. Bubuh bawang besar ke dalam jag pengisar/ pemproses makanan, diikuti dengan bawang putih, cili kering dan belacan – dengan ini tidak perlu menggunakan air yang banyak kerana bawang akan mengeluarkan cecair ketika dikisar. Kisar hingga menjadi sambal pekat. Bubuh sedikit sahaja air jika perlu.

4. Perasakan sambal dengan garam secukupnya dan campurkan dengan air limau kesturi.

5. Sumbatkan ikan dengan sambal secukupnya.

6. Bubuh minyak masak ke dalam kuali dan panaskan di atas api sederhana. Goreng ikan sehingga garing dan sambalnya masak – kira-kira sepuluh minit. Angkat dan tuskan di atas kertas serap minyak.

7. Hidangkan ikan ini dengan potongan limau kesturi – manalah tahu sambalnya tidak cukup masam atau boleh diperah air limau pada isi ikan.

Ikan keli, ikan todak,

Apa lagi cepatlah masak.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map