Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Kacang soya hitam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Resipi
417
0

Kacang soya hitam

Tinggi khasiatnya kerana mengandungi lebih banyak antioksidan berbanding kacang soya putih
Jan 14, 2014 | 02:52 PM



KACANG soya merupakan sumber protein yang baik, penuh dengan asid lemak n-3 dan n-6 tetapi rendah kandungan lemak tepu.


Dengan kacang soya hitam pula, kandungan anthocyanin, iaitu pigmen yang menyebabkan kacang soya menjadi warna hitam, menghasilkan lebih banyak dan lebih tinggi kandungan antioksidan yang mungkin dapat mengurangkan risiko terkena penyakit barah dan 25 peratus lebih banyak kalsium daripada kacang soya biasa.


Produk terbaru dan pertama dalam pasaran yang menggunakan kacang soya hitam yang tidak diubah secara genetik (non-GM) ini ialah tofu (tahu lembik) dan tauhu - Black Soybean Silken Tofu dan Black Soybean Tau Kwa - keluaran syarikat Unicurd. Kedua-dua produk ini tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, kolesterol ataupun lemak trans.


Walaupun menggunakan kacang soya hitam, produk yang dihasilkan berwarna ungu-kekelabuan. Rasanya lebih padat dengan aroma kacang yang disangar dan terasa kesan bijan hitam.


Cef John See, cef konsultan dan juga pemilik kafe The Food Dot, telah menghasilkan beberapa resipi menggunakan produk terbaru ini. Bukan sahaja tofu dan tauhu hitam ini sesuai digunakan dalam masakan Cina malah ia juga boleh digunakan dalam masakan Melayu.


Saya sendiri telah menggunakan tauhu kacang soya hitam ini untuk memasak sambal goreng. Teksturnya lebih kenyal daripada tauhu biasa.


Disertakan di sini dua resipi masakan Melayu ciptaan Cef John See yang boleh anda cuba di rumah.


TAUHU GORENG DENGAN KACANG PANJANG DAN CILI KICAP MANIS


(Untuk dua orang)


Bahan:


1 peket tauhu Unicurd Black Soybean (dipotong dadu kecil)


80 gram kacang panjang dicelur seminit dalam air panas yang dicampur sedikit garam


1 sudu makan minyak zaitun


2 pelepah daun kari


Cili Kicap Manis


1 sudu makan bawang putih kisar


2 biji bawang kecil dipotong dadu kecil


1 batang cili merah dihiris


1 sudu makan udang kering disangar


kemudian ditumbuk halus


7 sudu makan kicap manis


3 sudu makan bawang goreng


Cara:


1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali kalis lekat kemudian goreng tauhu sehingga kulitnya agak garing. Ketepikan.


2. Dengan menggunakan kuali yang sama, goreng bawang kecil, daun kari dan bawang putih sehingga wangi.


3. Masukkan udang kering, hirisan cili merah dan kicap manis. Goreng lagi sebentar.


4. Masukkan kacang panjang, bawang goreng dan tauhu. Perasakan dengan garam jika perlu.


5. Hidangkan panas-panas dengan nasi dan jika suka tabur bawang goreng di atasnya.


LEMAK TOFU DENGAN KUBIS


(Untuk dua orang)


Bahan:


1 peket tofu Unicurd Black Soybean (dipotong dadu sederhana besar)


100 gram kubis putih dihiris kasar-kasar


1 sudu makan minyak zaitun


1 pokok daun bawang dipotong kecil


½ cawan santan pekat


Rempah Kering:


1 sudu teh kunyit serbuk


45 gram udang kering


2 sudu makan gula (ikut suka anda)


1 sudu teh garam


2 sudu makan minyak zaitun


Rempah Basah:


6 biji bawang kecil


4 batang cili merah dihiris


3 biji bawang putih


2 batang serai (ambil bahagian bawah lebih kurang 10-12 sentimeter sahaja)


2 sudu makan air asam


5 batang cili kering direndam dalam air panas (atau tiga sudu teh cili serbuk)


Cara:


1. Satukan semua bahan untuk rempah basah kemudian kisar sehingga halus. Jika bahan sukar dikisar kerana terlalu kering, masukkan satu sudu makan minyak zaitun.


2. Panaskan dua sudu makan minyak dalam periuk kemudian goreng pes basah sehingga wangi sekitar 10 hingga 15 minit.


3. Masukkan air asam, gula dan udang kering. Biarkan rempah garing dan terbit minyak.


4. Masukkan semua bahan lain melainkan santan. Didihkan selama tiga hingga lima minit.


5. Tuangkan santan dan didihkan sebentar sebelum dipadamkan apinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >