Mustard Salmon Gilap (Glazed) dengan Salad Musim Panas
Bahan untuk memerap ikan salmon:
3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar mustard
sedikit serbuk emping (flakes) cili
sedikit lada sulah hitam
sedikit sos Worcestershire
Sos (dressing) Salad Musim Panas:
3 sudu besar minyak zaitun
1 perahan jus limau segar
1 perahan jus lemon segar
1 perahan jus oren segar
Sedikit daun pudina, dicencang
Sedikit garam rendah natrium dan lada secukup rasa jika perlu
strawberi segar yang dikupas, dihiris
1 oren segar, dibuang kulit dan dipotong sedang
Salad campuran Italy atau mana-mana salad pilihan
Cara-caranya:
Perap ikan salmon selama 10 minit, kemudian bakar atau panggang di ketuhar selama lapan minit pada suhu 200 darjah Celsius atau masak di atas kuali tanpa lekat dengan api yang sederhana, dan masak selama dua minit bermula dengan kulitnya, terbalikkan dan masak selama empat minit.
Pindahkan ikan salmon di atas pinggan, tuangkan sedikit kuah atau sos daripada Salad Musim Panas ke atas ikan salmon.
Gaulkan baki kuah/sos pada salad semasa hendak menghidangkannya.