Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Pecal pari

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Resipi
417
0

Pecal pari

Nov 29, 2013 | 04:54 PM

Bahan-bahan

1 ekor sedang ikan pari (kira-kira 1 kilogram)

2 sudu besar asam jawa, diramas dengan secukup air untuk merendam ikan

400 gram kelapa parut yang dibuang kulit ari

1 liter air

1 biji bawang besar, (dikupas dan dihiris)

3 ulas bawang putih, (dikupas dan dihiris)

2 batang serai, dihiris pangkalnya (5 cm panjang)

1 cm x 1 cm kunyit, (dikupas dan dihiris)

0.5 cm x 1cm halia, (dikupas dan dihiris)

2 tangkai cili merah, (dihiris)

2 tangkai cili hijau, (dihiris)

8 tangkai cili padi

Garam secukup rasa

Caranya

1.Buang ekor ikan, jika ada, dan bubuh ikan di dalam mangkuk besen. Masukkan air asam jawa dan biarkan selama 15 minit.

2.Panaskan ketuhar pada 250 darjah C.

3.Keluarkan ikan daripada air asam dan kikis kulitnya sehingga bersih. Potong dua dan buang insang, mulut serta isi perutnya. Cuci bersih-bersih dengan air bergaram. Tuskan.

4.Bubuh kepingan ikan di atas redai dulang pemanggang dan bakar di dalam ketuhar selama 30 minit. Balikkan ikan dan bakar lagi selama 30 minit sehingga ikan masak. Keluarkan ikan daripada ketuhar dan biarkan sejuk seketika.

5.Pecah-pecahkan isi ikan dan ketepikan.

6.Campurkan kelapa parut dengan air dan kisar dengan mesin pengisar sehingga halus untuk mendapatkan santan yang lebih pekat. Tapis dan perah santan ke dalam periuk.

7.Masukkan bahan-bahan hiris ke dalam periuk berisi santan bersama-sama cili padi. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih sambil mengacau selalu agar santan tidak pecah minyak.

8.Tambah isi ikan, kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam. Renihkan selama lima minit dan padamkan api. Hidangkan pecal panas-panas bersama nasi.

Tuk Bujal mengail keli,

Syoknya pecal hingga menjilat jari

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3