Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Sajian asli China jadi tumpuan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sajian asli China jadi tumpuan

Oct 21, 2018 | 05:30 AM



MEREKA yang biasa berjalan di lantai satu pusat beli-belah Eastpoint Mall di Simei Street 6 pasti pernah melihat sebuah restoran Cina yang baru dibuka tetapi dilanggani ramai masyarakat Muslim setempat.



Diberi nama Jin Shang Yi Pin Buffet Hot Pot, restoran milik sekumpulan masyarakat Muslim asal China itu ternyata mendapat perhatian ramai sejurus sahaja ia dibuka pada 18 Ogos lalu.



Pemiliknya terdiri daripada Cik Aisha Tan Xiu Zhi, 45 tahun dan suaminya Encik Habibullah Han Tao, 46 tahun serta dua rakan mereka Encik Ismail Zhou Fu Xiang, 49 tahun serta Encik Ibrahim Zhou Fu Zhong, 51 tahun - kesemuanya berasal dari Xining, yang merupakan ibu kota wilayah Qinghai, terletak di tengah China, berdekatan Dataran Tinggi Tibet.



Restoran yang mampu menempatkan sehingga 84 pelanggan pada satu-satu masa itu menawarkan lebih 60 jenis sajian laut, daging, sayuran serta manisan yang boleh dinikmati secara bufet.



Ia menawarkan pelanggan tempat memanggang dan periuk panas dengan lima jenis sup berbeza untuk memasak bahan-bahan yang boleh dipilih sendiri.



Kelima-lima jenis sup tersebut mendapat perhatian ramai memandangkan resepinya merupakan warisan masyarakat Qinghai - menggunakan banyak bahan serta rempah herba dengan aroma yang harum.



Ini termasuk sup malak (pedas); sayuran (masam dan pedas); ayam berherba; cendawan; dan tomato.



Semasa ditemui baru-baru ini, Cik Aisha yang dilahirkan dalam keluarga Muslim berkata beliau telah menetap di Singapura sejak tujuh tahun lalu, namun mendapati sukar untuknya mendapatkan sajian asal China asli yang memenuhi dietnya.



Justeru berbekalkan pengalamannya berniaga dalam makanan tambahan herba China dan kerjasama dengan dua kenalannya yang juga tukang masak, beliau bersama suami mengambil keputusan membuka restoran tersebut.



Beliau yang juga mempunyai sebuah restoran asli China di Sam Leong Road (Yizun Beef Noodle) telah melaburkan $700,000 untuk restoran terbarunya itu.



Bercakap menerusi seorang penterjemah, Cik Aisha menganggarkan sekitar 70 peratus pelanggannya merupakan masyarakat Muslim setempat dan terdiri daripada mereka yang datang secara berkeluarga atau bersama rakan.



"Saya sudah lama di Singapura tapi agak sukar dapatkan sajian asli China di sini.



"Saya makan juga lauk-pauk masyarakat Melayu setempat, tapi macam mana pun saya tetap inginkan sajian bersup dan berherba seperti di China.



"Justeru itulah saya ambil keputusan membuka restoran ini," kata ibu dua anak remaja itu lagi.



Suaminya Encik Habibullah Tan, seorang usahawan bidang perhotelan berulang-alik antara Singapura dengan China, bagi membantu isterinya itu.



Dua rakan mereka, yang juga rakan kongsi perniagaan itu, Encik Ismail Zhou dan abangnya Encik Ibrahim Zhou, merupakan tukang masak utama di restoran tersebut.



Menurut Encik Ibrahim yang telah menunaikan ibadah haji sekitar dua tahun lalu bersama Cik Aisha dan suaminya, sebahagian bahan herba yang digunakan diimport secara langsung dari China.



"Yang pasti kami tidak gunakan bahan pengawet dalam sup-sup kami.



"Dan jika anda lihat, terdapat juga manisan yang berupa sajian tradisional Melayu," katanya.



Pertemuan kami berakhir apabila restoran tersebut kian ramai dilanggani pengunjung.



"Assalamulaikum dan semoga ketemu lagi," kata Encik Ismail kepada wartawan dalam bahasa Mandarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >