SEMASA membesar di United Kingdom, Cik Hayley Ridgwell, 25 tahun, selalu menikmati hidangan kegemarannya, fish and chips.
Setelah hampir tiga tahun tinggal di Singapura, Cik Ridgwell bak dapat melepaskan rasa rindu terhadap kota kelahirannya, Folkstone, melalui sebuah kafe yang menghidangkan juadah klasik daripada negara kelahirannya.