Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Sajian Mexico asli penuhi cita rasa setempat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sajian Mexico asli penuhi cita rasa setempat

Mar 31, 2019 | 05:30 AM



BERTAHUN lamanya Encik Joffri Abdul Rahman berpangkalan di beberapa negara atas sebab tugas.



Daripada Dallas, di Amerika Syarikat, Dubai di Amiriah Arab Sersatu (UAE) dan kemudian ke Yangon, Myanmar, Encik Joffri menghabiskan antara dua dengan empat tahun lamanya di bandar besar itu semasa bertugas dalam sektor hospitaliti.



Namun atas sebab keluarga, terutamanya empat anaknya yang kian membesar, Encik Joffri akhirnya memilih kembali ke tanah air - untuk membuka perniagaannya sendiri.



"Berpuluh tahun lamanya saya bekerja dengan beberapa majikan sektor hospitaliti.



"Memang pengalaman yang diraih semasa bekerja di luar negara terutamanya, sukar diperolehi, apatah pakej gajinya yang lumayan.



"Tapi saya terfikir sampai bila saya hendak berjauhan daripada keluarga semata-mata untuk kejarkan kerjaya saya?



"Selepas menimbangkan alternatif dan berbincang dengan isteri serta anak-anak, saya memilih kembali ke Singapura untuk memulakan perniagaan sendiri," katanya.



Atas sokongan keluarganya itu, Encik Joffri, 55 tahun, akhirnya membuka sebuah perniagaan restoran khidmat pantas (QSR) yang menjual sajian Mexico asli di bangunan 321 Clementi Avenue 3.



Restoran yang diberi nama Jalapeño South-West yang dibuka sejak 15 Februari lalu itu menyajikan lebih 25 jenis sajian Mexico selain minuman serta manisan - kebanyakannya merupakan resipi beliau sendiri.



Antara yang popular termasuk nachos dengan keju ($7.90); quesadilla daging atau ayam serta kombinasi dengan ayam belanda ($9.90 dan $10.90); fajita ayam atau daging ($14.90 atau $16.90); buffalo wings ($8.90 untuk setengah dozen dan $16.90 untuk sedozen) dan kek keju yang dihasilkannya sendiri ($5.90).



"Memang idea membuka restoran sendiri telah lama saya idamkan, mungkin sekitar dua tahun lalu.



"Cuma saya lebih serius sejak sekitar beberapa bulan lalu di mana saya mula cari lokasi, kontraktor dan memikirkan konsep restoran tersebut," jelasnya yang memperuntukkan sehingga $250,000 untuk membuka restoran tersebut.



Idea bagi sajian yang dijualnya berdasarkan pengalamannya bekerja di Amerika Syarikat sedikit masa dahulu.



Menurutnya beliau mempunyai ramai sahabat penduduk Hispanik semasa di sana dan pengalamannya bergaul dengan mereka memberinya idea menghasilkan sajian Mexico.



"Saya enggan hasilkan sajian Barat seperti pasta yang banyak terdapat di mana-mana.



"Justeru saya ingin mencuba sesuatu yang berbeza dan halal yang mampu penuhi cita rasa penduduk setempat," ujarnya lagi.



Pada masa ini restoran yang mampu menempatkan 32 pelanggan pada satu-satu masa itu diuruskan seramai lima kakitangan selain dirinya sendiri.



Sejauh ini respons yang diterimanya agak memberangsangkan terutamanya pada hujung minggu.



Namun satu masalah yang membelenggunya ialah perihal kakitangan yang sukar diperolehi.



Ini membuatnya bimbang akan khidmat yang diberikan kepada pelanggan.



"Sejauh ini kakitangan yang saya ada merupakan mereka yang pernah bekerja dalam sektor yang sama.



"Mereka faham apa yang saya inginkan dan konsep restoran ini berdasarkan pengalaman mereka juga.



"Mudah-mudahan mereka juga mampu mainkan peranan untuk majukan terus restoran ini untuk selamanya," jelasnya.




"Saya enggan hasilkan sajian Barat seperti pasta yang banyak terdapat di mana-mana.

Justeru saya ingin mencuba sesuatu yang berbeza dan halal yang mampu penuhi cita rasa penduduk setempat."

- Encik Joffri Abdul Rahman, pemilik restoran Jalapeño South-West.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >