Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Sajian Peranakan gabung selera Melayu dan Cina

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sajian Peranakan gabung selera Melayu dan Cina

Sep 02, 2018 | 05:30 AM



SELAMA dua tahun lamanya restoran milik Encik Kevin Seah Hock Lye, menyajikan sajian tanpa pensijilan halal.



Sepanjang tempoh itu beliau melihat ramai keluarga Melayu yang melanggani restoran berdekatan.



Terdetik dalam hatinya untuk "membuka" restorannya kepada pelanggan Muslim dan memenuhi keperluan diet mereka.



Tup tup, selepas dua tahun, restorannya itu, Babalicious, yang terletak di 1000 East Coast Parkway, Marine Cove, menyajikan sajian yang mampu memenuhi diet masyarakat Muslim yang ingin melangganinya.



Apatah lagi sajian yang disediakan merupakan masakan masyarakat baba dan nonya atau Peranakan.



"Memang di kawasan ini, sukar mendapatkan sajian Peranakan halal.



"Itu yang memberi manfaat kepada restoran ini dan pastinya ia telah mula menarik perhatian pelanggan Muslim," katanya.



Apatah lagi restorannya itu terletak dalam kawasan Taman East Coast, selain berhadapan sebuah taman permainan kanak-kanak yang sering dikunjungi ramai termasuk keluarga Muslim.



Sebuah taman permainan kecil dalam restoran itu ternyata satu lagi tarikan bagi keluarga yang datang bersama anak mereka.



Sementara itu sebuah restoran segera halal berdekatan turut menjadi tarikan pelanggan ke kawasan tersebut.



Babalicious yang menerima pensijilan halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sekitar Julai lalu sajian yang dijual termasuk juga makanan masyarakat Hainan seperti nasi ayam dan Melayu seperti rendang.



Sajian yang mendapat perhatian termasuk platter nyonya ($38) mengandungi bahan seperti ayam, dan sotong kecil; ayam buah keluak ($14 bagi saiz kecil dan $26 saiz sederhana) yang merupakan sajian tradisional Peranakan dengan ayam dan buah keluak; dan ikan kukus nyonya ($28) yang berupa ikan merah kukus yang disira sos nyonya istimewa.



Restoran tersebut yang mampu menampung sehingga 160 pelanggan - dalam dan luar restoran - dibuka setiap hari antara 11 pagi hingga 10 malam (Ahad hingga Khamis) dan 11 pagi hingga 11 malam (Jumaat dan Sabtu).



Ia ditutup antara 3 dengan 5 petang setiap hari bagi memberi masa kepada pekerja restoran itu berehat.



Pada masa ini terdapat seramai 15 kakitangan yang bekerja di restoran itu.



Selain kakitangannya, beliau turut mendapat sentuhan khidmat pelanggan daripada isterinya sendiri, Cik Ruby Lim Mei Suan, juga berusia lewat 30-an tahun dan berasal dari Sarawak, Malaysia.



"Ramai pelanggan Melayu yang berasa selesa setiap kali kami berbual dalam Bahasa Melayu.



"Itu mungkin satu lagi tarikan yang membuat semakin ramai pelanggan Melayu/Islam yang ke mari," ujarnya sambil mempelawa beberapa pelanggan yang tiba agar menjamu selera.



Selain pelanggan yang merupakan pengunjung ke taman itu, terdapat juga kumpulan korporat dan pelancong asing yang melangganinya.



Untuk jangka masa panjang, selain membuka sebuah dapur pusat, Encik Seah juga bercadang membuka beberapa cawangan kecil jenama restorannya itu.



"Konsepnya mungkin merupakan makanan yang boleh dibeli dan dibawa pergi dengan mudah.



"Saya akan tinjau kawasan di kawasan bandar," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >