Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sajian tepati cita rasa penduduk sambil beri kerja pada sahabat

May 06, 2018 | 12:00 AM



MENYEDIAKAN sajian yang dapat dinikmati semua masyarakat setempat selain memberi pekerjaan kepada sahabat handai.



Itulah hasrat Encik Ken Tan Ming San, 25 tahun, semasa beliau membuka gerai yang diberi nama Fatty Bom Bom yang turut mempunyai sijil halal.



Berbekalkan pengetahuan yang ditimba semasa mengambil jurusan Diploma Teknikal dalam Seni Kulinari dengan Pengurusan Restoran daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) College West, Encik Tan sejauh ini telah membuka dua gerai makan yang menyediakan sajian Barat.



Kini gerainya itu menyajikan antara lain menjual sajian seperti FattyBom Crunchy Fish Sizzling Rice ($7.20); FattyBom Cajun Chicken ($6.90); dan Crunchy Chicken Sizzling Pasta ($7.20).



Sampingannya seperti coleslaw dan serbuk cajun untuk kentang gorengnya, disediakan pihaknya sendiri.



Encik Tan, yang telah membuka gerai pertamanya di 978 Toa Payoh North, mendapat pensijilan halalnya itu sekitar Februari lalu.



Satu lagi cawangannya di Blok 167 Woodlands Street 11, yang baru dibuka sekitar sebulan lalu sedang menanti pengesahan sijil halal.



Encik Tan, yang mendapat rangsangan pelaburan daripada orang tuanya berkata gerai-gerai yang dibukanya ternyata mendapat respons menggalakkan.



"Ini semua hasil kerjasama dengan kakitangan saya yang terdiri daripada sahabat handai yang berminat bekerja bersama saya.



"Saya rasa senang apabila saya dapat gajikan sahabat handai saya sendiri," kata anak sulung tiga beradik itu lagi.



Di cawangannya yang terletak di Toa Payoh North, salah seorang kakitangan yang bekerja dengannya merupakan rakan sekolahnya sementara seorang lagi yang juga merupakan teman sekolahnya, kini temanitanya.



"Saya bernasib baik kerana mendapat sokongan rakan-rakan baik.



"Kini giliran saya memastikan pekerja saya semua mendapat layanan secukupnya, kerana pucuk pangkalnya mereka yang sama-sama uruskan gerai-gerai saya itu," katanya yang mempunyai sehingga sembilan pekerja sejauh ini.



Encik Tan, yang kebetulan berasal daripada keluarga yang mempunyai 'beberapa puluh' pusat makanan, mengakui yang dirinya tidak akan bergantung kepada orang tuanya dalam menguruskan perniagaannya itu.



Malah beliau sendiri memastikan dirinya 'singsing lengan' dan ke dapur setiap hari dalam persediaan sajian untuk pelanggan.



"Hampir setiap hari saya pulang selewat 2 pagi semata-mata memastikan semua pekerjaan membersihkan sendiri gerai dan pinggan mangkuk selesai selepas gerai ditutup.



"Sebagai usahawan dalam bidang makanan dan minuman (F&B) saya juga perlu tahu proses sebelum gerai dibuka dan selepas gerai ditutup, selain operasi hariannya.



"Bila perlu saya juga ke dapur untuk masak.



"Saya memang dah bertekad untuk tidak bergantung kepada orang tua dalam menguruskan perniagaan saya sendiri," kata beliau yang masih bujang.



Seorang rakan sekolahnya yang kini menjadi pekerjanya, Encik Muhammad Haikal Hassani Hussain, 25 tahun, berkata yang beliau tidak menolak tawaran Encik Tan untuk bekerja di gerai tersebut semasa kali pertama rakan baiknya berjumpa beliau.



"Sebabnya saya sendiri sudah tetapkan pendirian untuk bekerja dalam sektor ini, tapi ketika itu belum tahu di mana, sehinggalah dapat tawaran daripada Ken (Encik Tan)," kata anak bongsu dua beradik itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >