Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Setelah puas kerja di laut, bisnes F&B pula jadi pilihan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Setelah puas kerja di laut, bisnes F&B pula jadi pilihan

Feb 03, 2019 | 05:30 AM



DARIPADA logistik marin kepada sektor makanan dan minuman (F&B).



Bagi pemilik restoran Setya Abadi, Encik Azmeer Aziz, 29 tahun, keputusan menceburi bidang yang dianggap asing itu merupakan sesuatu yang sudah dirancang sejak sekian lama.



Sebabnya sudah menjadi hasratnya untuk beralih daripada dunia kelautan ke darat.



"Memang menjadi harapan saya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan di darat pula selepas beberapa tahun dalam sektor marin.



"Bidang F&B merupakan pilihan utama untuk jangka panjang sebab ia sesuatu yang boleh diterima semua orang," katanya.



Restoran Setya Abadi yang terletak di Aranda Country Club, dekat Downtown East, merupakan kerjasama antara beliau dengan seorang rakan kongsinya.



Secara bersama, mereka melaburkan sehingga $500,000 untuk membuka restoran itu, selain $200,000 lagi untuk kerja pembaikan dan renovasi.



Seramai 13 kakitangan ditugaskan mengendalikan operasi restoran itu yang dibuka antara 10 pagi dengan 10 malam setiap hari.



Encik Azmeer, yang sudah berumah tangga, berkata restoran terbarunya itu menyediakan sehingga 250 jenis sajian seperti makanan Barat, India, Melayu dan makanan laut, serta minuman beraneka perisa.



Sebuah gerai yang menjual sajian jenis steamboat juga bakal dibuka di situ tidak lama lagi.



Pada masa ini, antara sajian yang mendapat perhatian pelanggan termasuk kari kepala ikan ($26.80); ketam lada hitam ($40-$45); sotong krim mentega ($16); kulit ikan telur asin ($12.50) selain mi soto dan mi rebus ($4).



Waktu tengah hari dan selepas 7 malam merupakan waktu sibuk di restoran itu.



Dari 2 hingga 5 petang, tiada sajian Barat dan makanan laut disediakan bagi memberi tempoh rehat kepada tukang masaknya.



Dalam jangka masa terdekat ini, beliau juga akan menyediakan khidmat penghantaran ke rumah.



Beliau, yang juga pemilik restoran Marina Bay BBQ Seafood, turut mempunyai sebuah syarikat katering yang diberi nama Bayfront Catering Services.



"Rancangan selanjutnya sudah pasti untuk meluaskan perniagaan sektor F&B saya ini," jelasnya.



Pada masa yang sama, beliau masih lagi mengendalikan sebuah syarikat logistik marin yang menghantar barangan, peralatan dan makanan kepada kapal-kapal besar.



Syarikat tersebut ditubuhkannya sekitar April 2017.



"Dulu, saya pernah bekerja sebagai broker sahaja dalam bidang marin ini. Tapi lama-kelamaan, saya ambil keputusan buka sendiri syarikat saya dan hasilnya memang memberangsangkan," kata beliau.



Bekas lulusan diploma pembelajaran Maritim daripada sebuah institusi privet itu mengambil keputusan menubuhkan perniagaan di darat sejak berumah tangga sekitar Mac tahun lalu.



"Memang menjadi harapan saya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan di darat pula selepas beberapa tahun dalam sektor marin. Bidang F&B merupakan pilihan utama untuk jangka panjang sebab ia sesuatu yang boleh diterima semua orang... Dulu, saya pernah bekerja sebagai broker sahaja dalam bidang marin ini. Tapi lama-kelamaan, saya ambil keputusan buka sendiri syarikat saya dan hasilnya memang memberangsangkan.''
- Encik Azmeer Aziz




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >