Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Stik bermutu pada harga dimampui di The MeatHouse

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Stik bermutu pada harga dimampui di The MeatHouse

Oct 28, 2018 | 05:30 AM



MENYUSULI kepopularan restoran 13 cawangan Eighteen Chefs, pengasas bersama jenama tersebut, Encik Benny Se Teo Moh Wah, membuka restoran baru dengan konsep berlainan.



Diberi nama The MeatHouse by Eighteen Chefs, restoran yang terletak di lantai lima pusat beli-belah Century Square, Tampines, itu menawarkan sajian stik bermutu pada harga berpatutan.



Restoran dibuka Jun lalu dan menerima pensijilan halal sebulan lalu.



"Biasanya, apabila bercakap tentang restoran yang menjual stik, ramai akan melihat harganya dulu.



"Memang tidak dinafikan harga stik agak tinggi. Sebab itulah saya ambil keputusan menyediakan stik yang mampu memenuhi cita rasa dan poket penduduk setempat," ujarnya.



Restorannya itu menjual bahagian 'filet mignon' pada harga $42, berbanding harga $80 hingga $100 di tempat lain.



Selain itu, pelanggan boleh menikmati daging lembu 'Tomahawk' pada harga $12 bagi setiap 100 gram; stik 'Carpet Bag' ($48); pasta dengan daging ($15); dan ikan 'barramundi' panggang ($18).



Menurut Encik Se Teo, idea membuka restoran baru itu timbul awal tahun ini semasa melawat Hokkaido, Jepun.



Di sana, beliau melihat beberapa kedai stik dengan suasana lebih terang berbanding restoran stik biasa yang agak malap pencahayaannya.



"Kami ingin memaparkan suasana sedemikian - lebih selesa dan terang. Cara sebegini akan dapat menarik perhatian bukan sahaja peminat stik malah mereka yang belum pernah merasainya," ujarnya.



Bagi memastikan sajian yang disediakan bermutu tinggi, beliau melaburkan sekitar $900,000 dalam restoran itu, termasuk $30,000 bagi membeli alat pemanggang khas dibawa masuk dari Sepanyol.



Katanya, alat itu penting kerana ia mampu memanggang dalam jangka masa singkat tanpa menjejas rasa daging.



Bagi memastikan seluruh restoran tidak meninggalkan bau yang 'melekat' pada pakaian pelanggan, beliau menggunakan teknologi seperti alat penyedut asap yang baik.



Buat masa ini, restoran yang menawarkan sebanyak 88 sajian mampu menempatkan 80 pelanggan pada satu-satu masa.



Beliau menganggarkan akan menukar menu, termasuk menambah sajian, setiap beberapa bulan.



Tidak seperti restoran Eighteen Chefs yang banyak dilanggani remaja, The Meathouse by Eighteen Chefs kebanyakan dilanggani golongan pekerja.



Encik Se Teo menjangka sekitar 70 peratus pelanggannya ialah penduduk Muslim setempat.



Ramai juga datang pada sebelah malam hingga ada kalanya mereka perlu membuat tempahan terlebih dulu.



"Pada masa sama, kami meninjau kemungkinan membuka satu lagi restoran serupa dalam jangka masa terdekat. Belum dapat ditentukan bila dan di mana, namun pasti akan dibuka di kawasan perumahan awam juga. Nantikan sahaja," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >