Suka siapkan juadah di pagi Aidilfitri
Pelakon Rosita Hussin bantu ibu masak nasi jagung atau nasi minyak
Jul 03, 2016 | 05:30 AM
JUADAH nasi bersama lauk-pauk menjadi santapan pelakon setempat Rosita Hussin di pagi Syawal.
Pada hampir setiap tahun, beliau akan membantu ibunya memasak nasi jagung atau nasi minyak bersama lauk-pauk, antaranya ayam masak merah dan rendang, buat hidangan tetamu yang berkumpul di rumah ibu bapanya.