Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Sup nasi lemak laris!

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Nasi lemak buah bidara...PENNY

Sup nasi lemak laris!

Sep 08, 2019 | 05:30 AM



SUP nasi lemak.



Mungkin dianggap aneh tapi itulah sajian yang dianggap sihat yang disediakan di restoran Penny University.



Diberi nama Sup (Broth) Nasi Lemak Dory dengan Pandan Tamago, ia sesuai untuk mereka yang gemarkan sajian fusion.



Semasa memperkenalkan sajian unik itu, pemilik restoran Penny University, Encik Mustafah Kamal, 42 tahun, berkata diet sihat menjadi keutamaan semasa memikirkan tentang sajian tradisional.



"Rata-rata banyak makanan tradisional orang lama mengandungi karbohidrat dan bersantan. Justeru saya berusaha fikirkan kaedah sajian baru yang dapat membuktikan sebaliknya," kata beliau yang membuka restorannya yang terletak di East Coast Road itu sekitar tujuh tahun lalu.



Beliau ambil masa sekitar sebulan untuk menghasilkan resipi baru di mana nasi lemak dijadikan sup untuk disajikan.



Dengan bantuan tukang masaknya, Encik Mustafah menghasilkan "beberapa jenis nasi lemak" yang diharap dapat menjadi lebih sihat.



Antaranya jenis pasta nasi lemak.



Selepas sebulan kemudian, bapa seorang anak perempuan berusia 14 tahun itu berjaya menghasilkan sup tersebut.



Menariknya bahan-bahan yang menjadi sebahagian resipi itu diperam dalam "beg teh" yang dibekukan pada suhu bawah 20 darjah selsius.



Apabila terdapat tempahan, beliau akan keluarkannya daripada peti sejuk khas itu sebelum mencampurkannya dengan air panas ke dalam mangkuk yang mengandungi ikan panggang, dan acar.



Bezanya sup tersebut mengandungi sambal - bahan yang biasa terdapat dalam nasi lemak biasa - yang dikawal rasa pedasnya. Hasilnya tetap unik.



"Yang pasti sajian moden ini masih ada perisa dan aroma nasi lemaknya. Cuma bezanya dalam bentuk sup yang menyegarkan dan menyihatkan," katanya lagi.



Sejak memperkenalkannya sekitar setahun lalu, sajian yang dijual dengan harga $14 semangkuk itu mendapat respons yang menggalakkan - terutamanya daripada para pelanggan mereka yang bukan Melayu termasuk warga asing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >