Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Terkejut Yes! Nasi Kukus Kelantan 'diserbu'

Jan 07, 2019 | 05:30 AM



PERNIAGAAN hidangan Kelantan Encik Chu Kian Chean meningkat sebanyak 30 peratus setelah memohon pensijilan halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Sebelum membuka gerainya, Yes! Nasi Kukus di Woodlands, peniaga bangsa Cina berusia 40 tahun itu pernah mengendalikan gerai yang sama di Jurong East.



Namun perniagaan yang mula dibangunkan sejak setahun yang lalu tidak serancak di lokasi barunya. Gerai Jurong East beliau itu tidak ada sijil halal.



Sejak beroperasi di kedai makanan Grains & Hops di 16 Woodlands Drive pada Julai tahun ini, perniagaan beliau semakin mendapat perhatian ramai.



"Saya amat terkejut dengan respons kedai saya selepas menjadi halal," kata bapa dua orang anak itu.



Bahkan 50 peratus pelanggan Encik Chu terdiri daripada masyarakat Melayu/Islam.



Ada juga antara mereka yang sanggup datang sejauh dari Sengkang dan Jurong untuk mencuba masakan uniknya.



Yes! Nasi Kukus merupakan satu-satunya gerai yang menyajikan hidangan asli Kelantan di Singapura, menurut Penduduk Tetap (PR) Singapura yang berasal dari Kelantan, Malaysia itu.



Di usia muda 20 tahun, beliau datang ke Singapura untuk bekerja, menimba pengalaman memasak di beberapa restoran makanan Cina sebelum memulakan perniagaan sendirinya tahun lalu.



Antara hidangan Kelantan yang disediakan di gerainya termasuk nasi kukus dan nasi dagang.



Kemahiran memasak hidangan tradisional itu diasah semasa bekerja di Mujur Catering - antara perniagaan katering terkenal di Kelantan.



"Masakan ini asal dari Malaysia. Pelik kalau saya tak dapat kongsi dengan orang Melayu," kata beliau.



Keinginan itu mendorong Encik Chu memohon pensijilan halal Muis.



Apatah lagi di Grains & Hops, tiada gerai makanan yang menyajikan makanan halal ketika ia mula beroperasi.



Peluang tersebut direbut Encik Chu dan gerainya kini antara dua daripada sembilan gerai di kedai makanan itu yang bersijil halal.



Sungguhpun proses pensijilan memakan masa hampir empat bulan, Encik Chu meluahkan rasa syukur atas sokongan padu pelanggan Melayunya.



"Mungkin, akan datang saya mahu kembangkan perniagaan saya untuk menjual hidangan Kelantan yang lain," tambahnya lagi.




"Masakan ini (nasi kukus dan nasi dagang asal) dari Malaysia. Pelik kalau saya tak dapat kongsi dengan orang Melayu."

..."Mungkin, akan datang saya mahu kembangkan perniagaan saya untuk menjual hidangan Kelantan yang lain.''

- Encik Chu Kian Chean




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >