SELEPAS mendarat di Osaka, Jepun, setelah penerbangan dari Hokkaido baru-baru ini, saya dan keluarga teruja melihat sebuah restoran di terminal domestik Lapangan Terbang Kansai yang menawarkan makanan halal.
Kebetulan kami yang kelaparan setelah penerbangan selama hampir dua jam itu terus menuju ke arah restoran tersebut, yang menawarkan pelbagai hidangan Jepun seperti ramen dan tempura.