Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Wah! Banyak SAYURlah...

Nov 29, 2013 | 07:45 PM



SAYUR-SAYURAN atau salad.... hmmm... segarnya.


Oleh itu, saya tidak teragak-agak mencuba makanan di restoran Seasonal Salad Bar di Toa Payoh apabila mendapati restoran ini menyediakan sebuah kaunter khas untuk salad dan pelbagai jenis sayur-sayuran.


Sekitar 60 jenis bahan sayur-sayuran dan salad menanti anda untuk dinikmati.


Bagaimanapun, jangan salah faham. Apabila saya menyebut salad dan sayur, itu tidak bermakna restoran ini hanya menjual sayur-sayuran dan salad semata, sebaliknya ia menyediakan pelbagai jenis makanan lain.


Di kaunter salad sahaja, anda boleh menikmati hidangan-hidangan lain seperti spageti, tiga jenis sup, labu merah bakar, salad kentang dengan tuna, coleslaw, buah-buahan, pelbagai jenis kekacang dan aiskrim Sundae.


Ia merupakan juadah yang memang memuaskan dan mengenyangkan walaupun tanpa makanan lain.


Harga yang dikenakan ialah $15.90 untuk makan tengah hari dan $18.90 untuk makan malam.


Saya telah mencuba dua jenis sup daripada kaunter salad – sup labu merah dan sup tomyam.


Kedua-dua jenis sup ini memang sedap. Sup labu merah ini bukan sahaja menggunakan sayur labu yang dikisar halus malah ketulan sayur ini juga dimasukkan dalam sup.


Tekstur sup tidak terlalu pekat tetapi lemak dan terasa labu merah yang digunakan.


Begitu juga dengan sup tomyam.


Bahan makanan laut yang dimasukkan dalam sup tomyam ini sangat lumayan. Puas rasanya menikmati makanan laut daripada sup tomyam ini.


Rasa sup masam-masam pedas dan ia sungguh menyegarkan kerana dihidangkan panas-panas.


Selain makanan dari kaunter salad, saya juga mencuba juadah lain seperti stik daging lembu batang pinang dan ikan salmon panggang daripada pilihan Creative Combo.


Ia memberi anda dua pilihan hidangan dengan harga $31.90, Old-fashion Fish & Chips ($22.90) dan Chum’s Spicy Chicken ($22.90).


Untuk stik ini, saya telah meminta daging stik tiga suku masak.


Untuk sos, pelanggan mempunyai beberapa pilihan sos untuk dimakan dengan daging stik ini.


Saya memilih Trio Pepper Sauce iaitu gabungan tiga jenis lada hitam yang unik kerana warnanya bukan hitam semata, malah ada yang berwarna merah muda dan hijau.


Sos ini memang sesuai dimakan bukan sahaja dengan stik bahkan dengan ikan ataupun daging ayam.


Chum’s Spicy Chicken merupakan daging ayam bahagian paha yang dipanggang dengan sos istimewa dan disertakan dengan kentang goreng.


Isi ayam bahagian paha memang sedap, kenyal dan lebih berperisa berbanding bahagian dada yang mempunyai tekstur lebih kasar dan kering.


Bagaimanapun, hidangan Old-fashion Fish & Chips sangat mengecewakan.


Ini kerana ikan jenis dori ini disalut dengan bancuhan tepung yang digoreng berendam minyak dan dimakan dengan sos tartar dan sos cili Thai.


Saya dapati walaupun ‘kulit’ ikan kelihatan garing dan gelembung serta nampak menarik dan menyelerakan, ia terlalu berminyak.


Untuk mendapatkan kulit yang garing, saya diberitahu bahawa tepung bancuhan ikan ini menggunakan air soda sebagai salah satu bahannya bagi menggantikan bir yang lazimnya digunakan dalam masakan Fish & Chips stail Barat.


Pilihan minuman di Seasonal Salad Bar ini cukup menarik.


Saya telah mencuba Chums’ Special yang merupakan minuman yang diperbuat daripada ca`mpuran timun Jepun, sirap semangka, durian belanda dan minuman ringan sprite. Rasanya memang sedap dan menyegarkan.


Semua tempahan hidangan utama dari restoran ini termasuk makanan dari kaunter salad.


Alamat Seasonal Salad Bar ialah Blok 190 Lorong 6, Toa Payoh (terletak di bahagian atas restoran Kentucky Fried Chicken).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >