Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

‘Masjid Mobil’ di Sukan Olimpik Tokyo

Feb 07, 2020 | 09:24 AM



 



TOKYO: Ribuan atlit, pegawai dan penyokong beragama Islam yang bakal ke Jepun untuk Sukan Olimpik pada musim panas ini boleh menunaikan solat dengan mudah nanti.



Tempat sembahyang khas akan disediakan di belakang kenderaan yang digelar ‘Masjid Mobil’.



Menjelang pemulaan Sukan itu pada Julai,  bilik solat akan disediakan di kampung atlit yang sedang dibina.



Tetapi beberapa tempat mungkin tidak mempunyai ruang solat khas.



Oleh itu, kemudahan tersebut akan disediakan menggunakan trak yang boleh berubah menjadi tempat solat dengan membuka bahagian belakangnya.



Trak yang diubah suai itu boleh menyediakan ruang solat seluas 48 meter persegi.



Malah, kenderaan itu akan mempunyai tanda dalam bahasa Arab dan air paip untuk mengambil wuduk.



Projek Yasu, pertubuhan di sebalik inisiatif itu, merancang untuk menyediakan kenderaan itu di luar acara sukan pada 24 Julai hingga 9 Ogos kelak.



Ketua eksekutif badan itu, Encik Yasuharu Inoue, berkata pada Rabu (5 Februari):



"Saya mahu atlit untuk bersaing dengan sepenuh motivasi mereka dan bagi penonton untuk bersorak dengan sepenuh motivasi juga, sebab itulah saya membuat ini.



 "Saya harap ia membawa kesedaran bahawa terdapat pelbagai macam orang di dunia ini, dan mempromosikan Sukan Olimpik dan Paralimpik yang aman, tanpa diskriminasi."



Menurut satu siasatan Universiti Waseda, terdapat 105 masjid di Jepun pada akhir 2018. Tetapi masjid itu terletak di serata negara dan kebanyakannya terletak di pinggir Tokyo.



Penganjur Tokyo 2020 juga berkata pada Rabu bahawa mereka sedang mencari pelbagai cara untuk menyediakan kemudahan yang sesuai bagi semua kumpulan agama. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >