SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

10 acara disertakan dalam Sukan SEA Vietnam

10 acara disertakan dalam Sukan SEA Vietnam

Mar 28, 2021 | 5:30 AM

10 acara disertakan dalam Sukan SEA Vietnam

bf461e62-e328-42ec-86d1-8a5104915d7e
-

ACARA bina badan akan disertakan semula dalam Sukan SEA di Vietnam pada hujung tahun ini.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sukan dan Peraturan Sukan SEA Ke-31 Vietnam pada November lalu.

Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa Sukan SEA Ke-31 yang bakal diadakan di Hanoi dari 21 November hingga 2 Disember itu akan mempertandingkan 40 jenis sukan dan 500 acara. Bina badan antara sukan yang akan disertakan semula dalam temasya itu.

Menurut laporan mesyuarat itu yang dilihat Berita Harian, sebanyak 10 acara bina badan akan dipertandingkan iaitu bina badan 55kg, 60kg, 65kg, 70kg, 75kg, 80kg, 85kg; dan susuk badan terbuka.

Dua lagi acara ialah bina badan wanita terbuka dan bina badan berpasangan campuran terbuka.

Kali terakhir bina badan dipertandingkan dalam Sukan SEA adalah pada 2013 di Myanmar.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg