Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

10 'permata' Sukan Olimpik

Jul 21, 2021 | 05:30 AM



Selepas tertunda setahun, temasya Olimpik Tokyo akhirnya akan membuka tirainya Sabtu ini dengan lebih 11,000 atlet bersaing untuk mencipta sejarah masing-masing. Menjelang pembukaan temasya tersebut, BERITA HARIAN (BH) mengetengahkan 10 atlet global yang dijangka menyerlah di Tokyo.




SIMON BILES (AS)



SEJAK atlit berusia 16 tahun itu mendapat perhatian di gelanggang gimnastik, Simone Biles telah pun ditabal sebagai antara bakat gimnastik terbaik pernah dilahirkan Amerika Syarikat.



WAYDE VAN NIEKERK (Afrika Selatan)



LIMA tahun lalu, atlet Afrika Selatan, Wayde van Niekerk, mengujakan dunia atletik dengan potensi dan bakat beliau. Namun, sejak itu kecederaan menghantui perkembangan van Niekerk dan Sukan Olimpik to Tokyo adalah pentas terbaik bagi beliau kembali menyinar.



SHELLY-ANN FRASER-PRYCE (AS)



PEMENANG pingat Olimpik sebanyak enam kali, Shelly-Ann Fraser-Pryce kembali untuk peluang terakhirnya memenangi pingat emas.



Pada usia 34 tahun, beliau melangkah ke Tokyo dalam 'form' yang baik, dengan masa kedua terpantas bagi perlumbaan 100 meter dengan masa 10.63 saat.



KEVIN DURANT (AS)



DALAM kalangan 12 'superstar' NBA yang ke Tokyo, pemain Brooklyn Nets ini barangkali antara 'bintang' paling besar.



Juara Olimpik dua kali, Kevin Durant bertekad memenangi emas ketiga bagi Team USA.



CAELEB DRESSEL (AS)



PERENANG Amerika Syarikat yang menyasarkan kemenangan pingat emas berganda. Macam kenal saja? Namun, Caeleb Dressel bertekad untuk tidak menjadikan persamaan dengan atlit Olimpik paling tersohor - Michael Phelps yang memenangi 23 pingat emas - sebagai tekanan bagi dirinya.



NOVAK DJOKOVIC (Serbia)



SEGAR daripada memenangi kejuaraan Grand Slam ke-20 beliau di Wimbledon, Novak Djokovic, berpeluang untuk melangkah lebih dekat lagi bagi melengkapi kemenangan 'Golden Slam' tenis dengan pingat emas Olimpik.



TEDDY RINER (Perancis)



MEMENANGI satu pingat emas Olimpik adalah pencapaian yang menakjubkan. Memenangi dua dalam judo adalah sesuatu yang tidak pernah berjaya dilakukan mana-mana atlet. Atlet judoka Perancis, Teddy Riner berpotensi mencipta sejarah

tersebut.



JESSICA SPRINGSTEEN (AS)



SEBELUM anda bertanya, ya beliau adalah anak kepada legenda muzik rock Amerika, Bruce Springsteen.



Jessica telah menunggang kuda secara kompetitif sejak berusia lima tahun. Tidak mengejutkan kerana keluarganya tinggal di sebuah ladang kuda mewah di New Jersey.



PASUKAN BOLA SEPAK WANITA AS



MENGAPA pilih seorang atlet jika boleh memilih seluruh pasukan yang dibarisi ‘superstar’ ‘global! Juara dunia sebanyak empat kali itu sedang memburu pingat emas Olimpik ke-lima setelah berjaya pada Sukan Olimpik 1996, 2004, 2008 dan 2012.



LAUREL HUBBARD (New Zealand)



LAUREL HUBBARD pernah memecahkan rekod nasional New Zealand dalam kategori junior lelaki. Beliau, yang menjalani pembedahan tukar jantina, akan bertanding dalam kategori angkat berat 87 kilogram wanita dan adalah atlet pilihan untuk memenangi pingat emas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >