Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

10 Sebab Chelsea akan muncul juara musim ini

Musim sibuk Krismas dan Tahun Baru sudah pun berlalu. Lazimnya, pasukan yang berdiri megah di persada liga selepas melalui tempoh penting ini hampir pasti akan ditabal juara Liga Perdana di penghujung musim nanti. Kali ini, giliran Chelsea menunjukkan 'taring' dengan pasukan pimpinan Antonio Conte menguasai tangga teratas liga sekalipun harapan mencatatkan rekod 14 kemenangan berturut-turut dikecewakan Tottenham Hotspur pada pertengahan minggu lalu. Ia bagaimanapun sekadar kegenjotan kecil - Chelsea tetap di 'tempat duduk pemandu' dengan kelebihan lima mata ke atas pesaing terdekatnya, Liverpool. Masih kurang yakin dengan kebolehan pasukan Conte? ANWAR YAHYA (anwar@sph.com.sg) mengetengahkan 10 sebab mengapa Chelsea menjadi pilihannya untuk muncul juara England musim ini.
Jan 08, 2017 | 12:00 AM



1. STRATEGI PASUKAN



Conte berjaya menemui strategi permainan yang begitu serasi sekali dengan pasukannya. Sejak menukar kepada taktik 3-4-3, Chelsea berjaya mencatatkan 13 kemenangan berturut-turut sebelum kekalahan kepada Spurs minggu lalu. Corak kepimpinan Conte turut mewujudkan suasana positif di Stamford Bridge – pemain-pemain yang ‘gembira’ itu membalasnya dengan keputusan-keputusan yang juga ‘menggembirakan’ di padang.



2. PENGURUS PINTAR



Sebelum ini tumpuan hanya diberikan kepada Pep Guardiola, Jose Mourinho atau Juergen Klopp. Namun, dalam tempoh singkat sejak dilantik Chelsea pada musim panas lalu, Antonio Conte membuktikan potensi dan kepintaran mencongak strategi pasukannya. Dan dalam musim sulungnya bertugas di England, alangkah hebatnya jika beliau berjaya memimpin Chelsea muncul juara Liga Perdana musim ini.



3. EDEN HAZARD



Selepas melalui musim lalu yang mengecewakan, bintang antarabangsa Belgium ini akhirnya menunjukkan tanda-tanda mengapa beliau dianggap antara pemain muda terhebat dunia tidak lama dulu. Di bawah bimbingan Conte, Eden Hazard kembali 'seronok' beraksi, merintis peluang-peluang jaringan di samping menyumbangkan gol-gol pasukan. Beliau begitu berbahaya sekali setiap kali bola berada di kakinya.



4. DIEGO COSTA



Bukan Hazard sahaja 'seronok' di bawah bimbingan Conte. Rakan sepasukan dan bintang penyerang Sepanyol, Diego Costa  kembali bertenaga sejak Conte mengambil alih kepimpinan pasukan bergelar The Blues itu pada musim panas lalu. Gol-gol Costa antara sebab utama mengapa Chelsea kini berada di takhta liga.



5. KELEMAHAN PASUKAN LAWAN



Setiap satu pesaingnya bagi kejuaraan musim ini turut dihambat kekurangan dan kelemahan masing-masing. Manchester City dan Liverpool kurang konsisten - tercicir mata dalam perlawanan yang sepatutnya dimenangi mereka. Manchester United tampak kembali menyengat tetapi kini menduduki tangga keenam - justeru keutamaan Mourinho tentunya melihat pasukannya terlebih dahulu menduduki antara empat tangga teratas. Arsenal kekadang cemerlang tetapi kerap juga dilanda 'darah gemuruh' seperti yang dialaminya sejak beberapa musim lalu. Bagi juara bertahan, Leicester City, pula mereka tidak memiliki 'faktor X' seperti yang dipamerkannya musim lalu. Mungkinkah Tottenham Hotspur? Saya tidak fikir mereka memiliki skuad seimbang untuk terus bersaing sehingga garisan penamat musim. Jadi, segalanya ini tentunya berita baik bagi Conte dan Chelsea!



6. PEMINDAHAN PEMAIN



Sekalipun Conte tidak berbelanja besar pada musim panas lalu, beberapa 'muka baru' yang didapatkannya seperti N'Golo Kante (Leicester) dan David Luiz (Paris St Germain) terbukti berbaloi! Kehadiran mereka berjaya memantapkan lagi pasukan itu musim ini. Jika masih tidak puas dengan skuad yang dimilikinya itu, Conte hanya perlu membelanjakan dana yang disediakan pemilik kelab, hartawan Russia, Roman Abramovich untuk menguatkan lagi pasukannya semasa tempoh pemindahan pemain yang dibuka sepanjang bulan ini.



7. PERTAHANAN KEBAL



Benteng Chelsea antara paling kukuh dan paling sukar ditembusi musim ini. Selepas 20 perlawanan sejauh ini, gawangnya hanya dibolosi 15 kali - jumlah kedua terendah di kalangan 20 pasukan dalam Liga Perdana. Jika mereka dapat mengekalkan keutuhan bentengnya sehingga penghujung musim, sukar melihat lain-lain pasukan dapat memintasnya.



8. PENGALAMAN & KEPIMPINAN



Kapten cemerlang, John Terry, mungkin tidak beraksi sekerap yang diharapkan tetapi beliau mempunyai pengaruh besar ke atas pemain-pemain lain. Kebanyakan pemain yang dimiliki Conte juga pernah memenangi kejuaraan sebelum ini dan mereka tentunya lebih berpengalaman untuk mengatasi segala tekanan dan cabaran musim yang panjang seperti Liga Perdana ini.

 



9. KEGHAIRAHAN BAKAT MUDA



Skuadnya yang berpengalaman 'diimbangi' dengan keghairahan dan tenaga bakat muda seperti Ola Aina  dan Ruben Loftus-Cheek . Pemain-pemain ini tentunya bersemangat mahu membuktikan potensi mereka setiap kali diturunkan padang!



10. TIADA 'GANGGUAN' EROPAH



Tidak seperti kebanyakan pesaingnya lain, Chelsea terlepas beraksi di Eropah musim ini. Ini bermakna segala tumpuan dan tenaga disalurkan kepada kejohanan domestik di England. Pemain-pemainnya juga dijangka lebih 'segar' bagi persaingan Liga Perdana - sesuatu yang tidak boleh diperkatakan mengenai City, United, Arsenal, Liverpool atau Leicester yang terlibat sama ada dalam Liga Juara-Juara ataupun Liga Europa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >