Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

11 pemain terbaik musim ini

May 20, 2018 | 05:30 AM



Liga Perdana England melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu. Dengan sang juara, Manchester City, sudah pun menjamin kejuaraan hampir sebulan sebelum pusingan terakhir, meninggal pesaing-pesaingnya jauh di belakang, tiada apa yang benar-benar dramatik berlaku di hari penutup tirai itu kecuali kejayaan City mencipta satu lagi rekod hebat mengumpulkan angka magis 100 mata di penghujung saingan. Di hari terakhir itu, Liverpool turut menjamin tempatnya dalam Liga Juara-Juara musim depan sementara pengurus Arsenal, Arsene Wenger, akhirnya membuat lambaian terakhir kepada penyokongnya selepas hampir 22 tahun menjadi pengurus kelab itu. BERITA MINGGU menyorot 11 pemain terbaik musim ini.



PENJAGA GAWANG



David De Gea (Manchester United)



Penjaga gawang Sepanyol ini cemerlang sekali musim ini dan satu-satunya pemain United yang wajar mendapat gelaran 'kelas dunia'.



Masalahnya, pengurus United, Jose Mourinho, belum lagi dapat menampilkan barisan pertahanan yang setanding kehebatan penjaga gawangnya itu yang diiktiraf Anugerah Penjaga Gawang Terbaik musim ini.



Semasa Mourinho memimpin Chelsea pada musim 2004/2005, penjaga gawangnya ketika itu, Petc Cech, mempunyai William Gallas, John Terry dan Ricardo Carvalho untuk 'melindunginya'.



Itulah sebabnya mereka memenangi kejuaraan musim itu tetapi United belum lagi muncul juara sejak dua musim di bawah Mourinho.



PERTAHANAN



Kyle Walker (Manchester City)



Didapatkan pengurus City, Pep Guardiola, daripada Tottenham Hotspur. Terbukti pembelian yang berbaloi dengan Walker memainkan peranannya dengan cemerlang menjadi sebahagian daripada skuad berbakat City musim ini. Walker turut melakukan enam 'assist' (merintis gol pasukan) musim ini - yang terbanyak baginya sejak beraksi dalam Liga Perdana.



Lewis Dunk (Brighton)



Menunjukkan peningkatan pesat setiap minggu, Dunk antara sebab utama mengapa Brighton kekal dalam Liga Perdana musim depan. Tahukah anda Dunk telah melakukan adangan bola paling banyak sepanjang musim ini - 56 kali?



Nicolas Otamendi (Manchester City)



Tunggak di benteng City dan memainkan peranan penting semasa menggantikan kapten Vincent Kompany yang cedera sepanjang tempoh yang penting bagi pasukannya musim ini. Bintang Argentina ini juga telah melakukan hantaran paling banyak berbanding pemain-pemain lain dalam Liga Perdana sepanjang musim ini dengan 2,825 hantaran.



Ashley Young (Manchester United)



Melakukan perubahan yang berjaya daripada pemain sayap kepada tunggak bek bagi United. Kecemerlangannya turut mendapat undangan menyertai semula skuad England sekalipun usianya kini mencecah 32 tahun. Young diturunkan dalam 30 daripada 38 perlawanan United sepanjang musim ini - kali terbanyak sepanjang kerjayanya bersama United.



MIDFIELD



Kevin de Bruyne (Manchester City)



Antara pemain paling menyerlah musim ini. Jika tidak kerana kecemerlangan sentuhan gol Mohamed Salah, beberapa anugerah utama termasuk bagi Pemain Terbaik hampir pasti akan menjadi milik bintang muda Belgium ini. De Bruyne menamatkan musim ini dengan 'assist' (16) dan merintis peluang gol terbanyak (106) berbanding pemain-pemain lain dalam Liga Perdana.



Fernandinho (Manchester City)



'Jenis' pemain sepertinya sentiada ada dalam skuad juara - Claude Makelele melakunya untuk Real Madrid, Esteban Cambiasso bagi Inter Milan dan kini Fernandinho telah melakukannya dua kali untuk City - tunggak midfield lasak yang tidak henti-henti berlari di serata padang sepanjang 90 minit di padang!



David Silva (Manchester City)



Dihimpit masalah peribadi - anaknya yang dilahirkan tidak cukup bulan kini berjuang nyawa di hospital - tunggak perancang Sepanyol ini tetap memberikan 100 peratus kepada perjuangan pasukannya. Musim cemerlang ini menyaksikan Silva memainkan peranan ke atas 20 gol pasukannya (menjaringkan sembilan gol dan merintis 11 gol lain) - satu statistik yang hanya lebih baik semasa beliau beraksi pada musim 2011/2012.



PENYERANG`



Mohamed Salah (Liverpool)



Tidak syak pemain terbaik di England musim ini. 32 golnya dalam Liga Perdana memberikannya Anugerah 'But Emas'. Beliau, yang menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan musim ini, masih berpeluang menambah golnya dan membantu Liverpool menjulang mahkota terbesar bola sepak Eropah - final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada hujung minggu ini.



 Harry Kane (Tottenham Hotspur)



Musim yang cemerlang yang turut membawa sinar harapan apabila England beraksi di Piala Dunia Russia bulan depan. Tahukah anda bahawa Kane berjaya muncul sebagai pemain pertama Spurs untuk mengatasi batasan 40 gol dalam semua pertandingan dalam semusim sejak pencapaian Clive Allen pada musim 1986/1987?



Sergio Aguero (Manchester City)



Sepanjang tempohnya di England, tiada penyerang lain yang telah menjaringkan gol sebanyaknya musim demi musim atau menandingi nya dari segi kejuaraan yang dimenangi. Golnya ke atas Napoli dalam Liga Juara-Juara pada November lalu menjadikan penyerang Argentina ini penjaring gol terbanyak dalam sejarah City.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >