MENYUSULI proses pemilihan yang menyeluruh sepanjang enam bulan lalu, termasuk keputusan yang dicatatkan di kejohanan yang disertai, Singapore Bowling semalam mengumumkan nama 12 peserta - enam lelaki dan enam wanita - yang dipilih mewakili negara di temasya Sukan Asia Indonesia yang berlangsung pada Ogos ini.
Acara ini, yang akan diadakan di Pusat Bowling Jakabaring buat kali pertamanya, juga akan menyaksikan jumlah kategori pertandingan dikurangkan kepada hanya tiga berbanding di temasya-temasya sebelum ini selain pertukaran pada format kiraan mata.