DIANGGAP sebagai 'Piala Dunia' bagi pasukan di rantau Asia, Piala Asia yang akan berlangsung tahun depan di Amiriah Arab Bersatu (UAE) akan menampilkan buat julung-julung kalinya 24 pasukan - bertambah daripada format 16 pasukan yang digunakan sejak 2004.
Ini bermakna membuka pintu kepada lebih banyak negara untuk bertanding di kejohanan berprestij anjuran Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) itu.