Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

180 sukarelawan diperlukan untuk Grand Prix Singapura

Mar 12, 2014 | 02:49 PM



PERMOHONAN untuk menjadi pegawai perlumbaan sukarela di Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura telah dibuka sehingga 31 Mac ini.


Penganjurnya, Singapore GP, memerlukan 180 sukarelawan berusia 18 tahun ke atas untuk melakukan pelbagai tugasan termasuk sebagai pemerhati, marsyal litar, bendera dan kebakaran serta pelbagai lagi.


Encik Gabriel Tan, Kerani Litar (Clerk of the Course) Singapore GP berkata, pegawai sukarela memainkan peranan penting untuk memastikan perlumbaan berlangsung dalam keadaan selamat dan dengan sikap kesukanan yang baik.


Pegawai sukarela yang dikekalkan bagi perlumbaan F1 di sini adalah yang tertinggi berbanding litar lain, bahkan sebanyak 88 peratus daripada mereka dijangka kembali menyertai F1 Singapura tahun ini.


Jika diterima, setiap sukarelawan perlu hadir di perlumbaan tiga hari dari 19-21 September nanti, dan perlu memenuhi latihan sekurang-kurangnya 32 jam termasuk kededua latihan teori dan praktikal, dijangka bermula Mei ini.


Sesiapa yang berminat boleh memohon menerusi dalam talian di http://raceofficials.singaporegp.sg. Calon berjaya akan dihubungi penganjur selewat-lewatnya 30 April.


Norman Sawi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >