Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RENANG

$18,000 dikumpul perenang, bekas perenang negara bagi amal

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



PERENANG negara dahulu dan sekarang masuk ke dalam kolam renang Ahad lalu demi amal untuk mengumpul dana bagi Swim for Hope Safra 2022.



Dengan penyertaan atlet Sukan Olimpik Quah Zheng Wen dan Quah Ting Wen, dan presiden Persatuan Renang Singapura (SSA) Mark Chay, Team SSA mencatat jarak 5,501 km di Safra Tampines dan mengumpulkan hampir $18,000.



Turut memberi sokongan ialah penerjun negara Avvir Tham dan Max Lee serta atlet para Sukan Olimpik Khas Singapura.



Edisi ke-12 Swim for Hope diadakan selama dua bulan dari 1 September hingga 30 Oktober, dengan peserta berenang lebih 33,000 km.



Secara keseluruhan, inisiatif itu mengumpul $230,000 tahun ini melalui yuran pendaftaran dan sumbangan korporat serta individu.



Dana itu akan disalurkan kepada lima penerima - Cabaran Presiden, Rainbow Centre, Dana Penjagaan SAF, Dana Pembangunan SSA dan Sukan Olimpik Khas Singapura.



Menteri Negara Kanan, (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga presiden Safra, menyampaikan cek kepada lima penerima itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >