Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

2 kontroversi di sebalik saingan hebat

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Liverpool mengumpul "bukti yang mencukupi" setelah Manchester City membuat aduan mendakwa seorang peminat 'The Reds' meludah kakitangan mereka dalam babak pertama perlawanan seri 2-2 di Anfield Ahad lalu.



Liverpool sedang menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut.



Dalam satu kenyataan, kelab itu berkata saksi sudah disoal siasat manakala CCTV dan rakaman video sedang dianalisis.



"Bukti yang dikumpul setakat ini mencukupi," kata Liverpool.



"Sekiranya diminta untuk melakukan sedemikian, [bukti] akan diserahkan kepada Polis Merseyside kerana berkemungkinan dikenakan tuduhan jenayah."



Difahamkan sesiapa saja peminat Liverpool yang didapati meludah pada kakitangan Manchester City berkemungkinan akan dilarang masuk ke Anfield seumur hidup.



Dalam perlawanan mendebarkan di Merseyside, City bangkit dua kali dari belakang untuk meraih satu mata, hasil gol Kevin de Bruyne yang menyamakan kedudukan buat kali kedua selepas gol solo hebat Mohamed Salah meletakkan 'The Reds kembali di depan.



Perlawanan itu turut menyaksikan kontroversi di padang.



Pep Guardiola berang dengan pegawai selepas James Milner tidak dilayangkan kad kuning kedua, sedangkan bos City itu rasa ia wajar dilayangkan ke atas pemain pertahanan 'The Reds' tersebut, ketika mengasari Bernardo Silva.



Liverpool, dalam kenyataannya, menambah: "Anfield adalah rumah kita dan kami akan memastikan ia adalah persekitaran yang selamat dan menyenangkan bagi semua orang yang hadir dan tidak akan membiarkan tingkah laku terpencil yang tidak dapat diterima itu mempengaruhi nilai dan prinsip kelab kami."



Keputusan seri itu meninggalkan City di tangga ketiga dengan 14 mata, satu mata di belakang Liverpool dan dua mata di belakang pendahulu liga Chelsea. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >