Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA EUROPA

2,000 penyokong kembali ke stadium, saksikan Arsenal menang

Spurs pula terpaksa berhempas pulas sebelum layak ke pusingan kalah mati
Dec 05, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Buat kali pertama dalam tempoh 270 hari, penyokong kembali ke stadium membabitkan perlawanan kelab England dengan Arsenal menyambut kehadiran 2,000 penyokong di Stadium Emirates ketika mencatat kemenangan 4-1 ke atas Rapid Vienna di Liga Europa awal pagi semalam.



Penonton yang berada di dalam stadium yang boleh memuatkan sekitar 60,000 orang, dijarakkan antara dua bahagian, dan sebilangan kecil masih bersemangat tinggi walaupun Gunners melalui persembahan buruk dalam saingan Liga Perdana England (EPL).



"Saya gembira melihat penyokong kembali ke stadium, mereka membuatkan perbezaan yang besar.



"Kami mempunyai 2,000 penyokong namun suara mereka sangat kuat dan mereka sangat membantu pasukan, jadi terima kasih kepada mereka yang hadir dan berusaha," kata jurulatih Arsenal, Mikel Arteta.



Di luar padang sebelum perlawanan bermula, kain rentang bertulis: "Akhirnya kembali, Terima Kasih NHS (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain)" diletakkan sebagai penghargaan kepada petugas barisan depan menentang Covid-19.



Perlawanan terakhir Arsenal di laman sendiri dengan dihadiri penonton ialah pada Mac sebelum aksi liga ditangguhkan selama tiga bulan akibat pandemik berkenaan.



Arsenal membuka tirai jaringan melalui rembatan Alexandre Lacazette pada minit ke-10 sebelum berlari ke arah para penonton untuk menyambut jaringannya itu.



Pemain pertahanan, Pablo Mari menambah gol kedua tuan rumah dalam penampilan pertamanya sejak Mac lalu sebelum Eddie Nketiah menjaringkan gol ketiga yang diperolehi pada separuh masa pertama.



Namun pemain Rapid Vienna, Kohya Kitagawa berjaya memperoleh jaringan saguhati pelawat sebaik perlawanan bersambung pada separuh masa kedua.



Namun begitu, Arsenal terus mengasak dan pemain gantian, Emile Smith Rowe berjaya melengkapkan kemenangan dengan menjaringkan gol keempat buat Arsenal.



Sementara itu, pendahulu EPL, Tottenham Hotspurs terpaksa mengatasi cabaran dari kelab dari Austria, LASK Linz untuk mencatat keputusan seri 3-3 selepas memperoleh dua penalti.



Dalam perlawanan di Linz, Austria itu, tuan rumah mendominasi babak pertama tetapi hanya menjaringkan satu gol menerusi Peter Michorl.



Spurs, yang gagal menemui sasaran, mendapat penalti kerana bola terkena tangan dan Gareth Bale menyempurnakannya untuk jaringan ke-200 dalam kerjayanya.



Pemain asal Korea Selatan, Son Heung-min seterusnya meletakkan Spurs di depan menerusi serangan balas pantas pada minit ke-56.



Pemain LASK, Johannes Eggestein bagaimanapun menemui gawang pada minit ke-84 apabila mengatasi Joe Hart.



Tiga minit kemudian Spurs kembali mendahului. Seorang daripada dua penyerang, Steven Bergwijn dikasari manakala Dele Alli menyempurnakan penalti.



Namun, Spurs tidak berupaya mempertahankan kelebihan itu apabila pemain muda Perancis, Mamoudou Karamoko menyamakan kedudukan ketika tambahan masa.



Keputusan tersebut cukup untuk memastikan tempat Spurs di pusingan kalah mati Liga Europa, yang juga turut menyaksikan Antwerp mara bagi saingan Kumpulan J.



Pasukan lain yang berjaya menempah tempat mereka dalam saingan 32 terakhir termasuk Braga, AC Milan, Lille, Villarreal, Dinamo Zagreb, Red Star Belgrade, Slavia Prague, Bayer Leverkusen, Rangers, Benfica, Granada dan Eindhoven memastikan tempat ke kelompok 32 terakhir berbaki satu perlawanan.



Mereka menyertai Leicester, Arsenal, Hoffenheim dan Roma yang sudah layak lebih awal. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >