SATU dana khas yang diketepikan oleh Persatuan Renang Singapura (SSA) bagi menyokong atlit berpotensi telah menerima rangsangan $200,000 kelmarin.
Jumlah itu merupakan 20 peratus daripada insentif $1 juta yang diterima juara Olimpik Joseph Schooling daripada Program Anugerah Jutaan Dolar (MAP) Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).