Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN OLIMPIK TOKYO

21 atlet S'pura layak ke Sukan Olimpik Tokyo

Jun 27, 2021 | 05:30 AM



Dengan kurang sebulan sebelum Sukan Olimpik Tokyo membuka tirai persaingannya mulai 23 Julai ini, Berita Minggu menyenaraikan 21 atlet Singapura yang telah berjaya melayakkan diri ke temasya sukan terbesar dunia itu.



BADMINTON



Pemain badminton Singapura, Loh Kean Yew dan Yeo Jia Min, telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo setelah Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) mengesahkan senarai kelayakannya.



Loh, 23 tahun, dan Yeo, 22 tahun, mendapat tempat dalam sukan tersebut selepas masing-masing menduduki tangga ke-18 dan ke-17 dalam kedudukan kelayakan lelaki dan wanita ke Tokyo.



EKUESTRIAN



Atlet ekuestrian Caroline Chew menjadi penunggang kuda pertama Singapura yang akan bertanding di Sukan Olimpik.



Chew, 29 tahun, dan kudanya, Tribani, mencatat keputusan terbaik peribadi 69.674 di Grand Prix Dressage di Le Mans, Perancis, melepasi minimum 66 mata yang diperlukan untuk layak ke Tokyo.



GIMNASTIK ARTISTIK



Tan Sze En, 20 tahun, menempah tempat kelayakan bagi Olimpik Tokyo di Kejohanan Gimnastik Sedunia pada 2019. Beliau akan menjadi atlet gimnastik kedua Singapura yang bertanding di temasya sukan itu selepas Lim Heem Wei di Olimpik London 2012.



KAPAL LAYAR



Empat atlet kapal layar negara telah melayakkan diri ke Olimpik Tokyo. Singapura akan diwakili oleh Ryan Lo (acara Laser Standard lelaki), Amanda Ng (kanan, acara kelas RS:X wanita) dan Kimberly Lim dan Cecilia Low (acara 49erFX wanita).



MENDAYUNG



Joan Poh mengesahkan tempatnya di Tokyo selepas menduduki tangga ke-12 di regatta kelayakan Asia dan Ocenia Mei lalu. Ini merupakan penampilan sulung pendayung berusia 30 tahun itu di Sukan Olimpik.



MENEMBAK



Adele Tan, 22 tahun, telah dipilih oleh Persatuan Menembak Singapura untuk mewakili negara dalam acara refal angin 10 meter wanita di Tokyo.



Tempat kelayakan itu telah dicapai oleh rakan sepasukan Tessa Neo di Kejohanan Menembak Asia 2019.



LAWAN PEDANG



Singapura akan diwakili oleh Amita Berthier dan Kiria Tikanah Abdul Rahman di gelanggang lawan pedang Sukan Olimpik Tokyo. Berthier dan Kiria, kededuanya 20 tahun, akan masing-masing bertanding dalam acara 'foil fan epee' wanita.



RENANG



Joseph Schooling akan sasar mempertahankan pingat emasnya dalam acara renang kupu-kupu 100 meter di Tokyo.



Perenang berusia 25 tahun itu akan ditemani rakan sepasukan Quah Zheng Wen yang akan bersaing dalam acara renang kupu-kupu 100 meter dan kuak lentang 100 meter.



RENANG LAUTAN TERBUKA



Chantal Liew mencipta sejarah sebagai warga Singapura pertama yang menempah tempat dalam acara renang lautan terbuka di Sukan Olimpik. Ini setelah Liew, 22 tahun, menduduki tempat ke-29 dalam lumba renang 10 kilometer di Setubal, Portugal, bagi acara kelayakan Maraton Renang Fina Olimpik yang disertai 40 perenang serata dunia.



TENIS MEJA



Clarence Chew menjadi atlet tenis meja kelahiran Singapura pertama yang akan bertanding dalam acara di Sukan Olimpik. Chew, 25 tahun, akan disertai pasukan wanita Singapura terdiri daripada Feng Tian Wei, Yu Mengyu dan Lin Ye yang akan bertanding dalam acara pasukan dan perseorangan wanita.



TERJUN



Jonathan Chan dan Freida Lim adalah dua penerjun pertama Singapura yang dapat melayakkan diri di Sukan Olimpik. Chan, 24 tahun, akan bertanding dalam acara platform 10 meter lelaki, sementara Lim, 23 tahun, bersaing dalam acara platform 10 meter wanita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >