Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

268,000 hadir F1, rekod tertinggi kedua bagi S'pura

Sep 22, 2019 | 08:33 PM



WALAUPUN Singapura dilanda jerebu, namun ia telah gagal membawa kesan kepada suasana penuh gemilang bagi acara perlumbaan F1 Grand Prix Singapura yang berlangsung sejak kelmarin. Ia mencapai kemuncaknya malam ini.



Ternyata, acara F1 Singapura ke-12 itu, telah berjaya mencapai jumlah kehadiran seramai 268,000 peminat, rekod tertinggi kedua jika di bandingkan dengan rekod pada 2008 seramai 300,000 orang, kata penganjur Singapore GP Ahad (22 Sep).



Jumlah itu juga mengatasi kehadiran 263,000 orang tahun lalu, yang kini menjadi rekod tertinggi ketiga.



Singapore GP berkata: “Dengan mempersembahkan pelbagai hiburan di 10 buah pentas yang berlangsung selama lebih daripada 130 jam, memberi layanan baik yang berinovatif serta menawarkan pengalaman jamuan selera yang menarik di Taman Litar, perlumbaan F1 edisi ke-12 ini telah menarik 268,000 penonton yang hadir di Litar Marina Bay dalam acara yang dipenuhi aksi hebat pada hujung minggu ini.”



Namun, pada minggu sebelum acara itu berlangsung, Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam telah beberapa kali mencapai paras sederhana dan ‘tidak sihat’. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >