Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

4 lagi pesilat tanding ke separuh akhir kejohanan dunia

Jul 29, 2022 | 07:55 PM



EMPAT lagi pesilat tanding Singapura mara ke separuh akhir Kejohanan Pencak Silat Dunia 202 yang berlangsung hari ini (29 Julai).



Ini bermakna sekurang-kurangnya pingat gangsa sudah menjadi milik pasukan silat negara.



Dalam aksi suku akhir yang mendebarkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada petang ini, Abdul Raazaq Abdul Rashid mengecewakan penyokong tuan rumah apabila mengalahkan Zulfazly Zulfakar 23-19 dalam acara tanding E putera.



Muhammad Riansyauqi Mistam kemudian dengan selesa menewaskan Md Touhidul Alam dari Bangladesh 27-2 dalam kelas D putera.



Juara dunia Muhammad Hazim Mohd Yasli pula berdepan lawan sukar dari Malaysia, Mohamad Hazim Amzad namun bangkit dari ketinggalan untuk menang 29-22 dalam acara kelas C putera. 



Wakil kelas B putera, Asri Mohammad Yazid perlu menahan kesakitan pada lututnya yang cedera untuk menumbangkan warga Filipina, Dines Dumaan 20-19. 



Mereka akan menyertai tujuh satria negara yang sudah melayakkan diri ke separuh akhir.



Para pesilat ini ialah Sheik Farhan Sheik Alau’ddin (kelas J putera), Muhammad Nurshahfareeq Shahrudin (kelas I putera), Dhani Andika Razali (kelas bawah 45 kilogram putera), Nur Syaza Insyirah Md Roslan (kelas B puteri), Siti Khadijah Mohd Shahrem (kelas E puteri), Nadhrah Sahrin (kelas A puteri) dan Nur Shaqira Sheik Alau’ddin (kelas F puteri).



Saingan separuh akhir acara tanding dijadual berlangsung esok.



Kejohanan dunia di Malaysia itu akan sampai ke kemuncaknya lusa. ((31 Julai)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >