Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

5 dulu nilai berjuta kini Tawaran Percuma

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

5 dulu nilai berjuta kini Tawaran Percuma

Beberapa bintang bola sepak Eropah boleh dipikat secara percuma pada musim panas ini apabila kontrak mereka di kelab sekarang hampir tamat. BERITA MINGGU menyenaraikan lima bintang yang masih mencari kelab baru untuk musim depan.
Jun 26, 2022 | 06:05 AM

JESSE LINGARD

Kelab sekarang: Manchester United
Kelab dikaitkan: West Ham United, Newcastle, Tottenham Hotspur, Roma, AC Milan

JESSE LINGARD meninggalkan Manchester United selepas bakatnya digilap sejak dari peringkat akademi dan menghabiskan dua dekad bersama kelab itu.
Dengan United secara mengejut memilih mengekalkan pemain ‘midfield’ England itu pada musim panas lalu, Lingard, 29 tahun, menempuhi musim 2021-22 yang sukar dan jarang dipilih turun padang.
Sebelum itu, tempoh pinjaman di West Ham yang cemerlang pada awal 2021 mengesahkan kualitinya dan wajar bagi Lingard mencari kelab baru yang akan menjaminnya beraksi dalam Piala Dunia tahun ini.


GARETH BALE 

Kelab sekarang: Real Madrid
Kelab dikaitkan: DC United, Cardiff City, Newcastle United, Nottingham Forest, AC Milan, Tottenham Hotspur

GARETH BALE mengundur diri dari Real Madrid selepas sembilan tahun merangkul banyak trofi di ibu negara Sepanyol itu, di mana beliau menang lima gelaran Liga Juara-Juara dan tiga gelaran La Liga.
Penyerang Wales itu, 32 tahun, menyertai juara Liga Sepanyol itu pada September 2013 dengan bayaran pemindahan rekod dunia pada ketika itu bernilai lebih £80 juta ($135.7 juta).
Beliau telah pun menyatakan bahawa keluarga dan tahap kecergasannya untuk Piala Dunia akan menjadi keutamaan apabila memutuskan kelab mana untuk diwakili musim depan.


OUSMANE DEMBELE

Kelab sekarang: Barcelona
Kelab dikaitkan: Chelsea, Paris St-Germain

PERJALANAN Ousmane Dembele tidak selancar yang dijangka sejak beliau menyertai Barcelona dari Borussia Dortmund dalam salah satu perjanjian paling mahal pada 2017.
Hanya berusia 25 tahun, kecederaan menghimpit perkembangan penyerang Perancis itu dengan beliau hanya mampu memaparkan sekilas bakat hebatnya. Apabila di prestasi terbaiknya, kepintaran dan kepantasan larian Dembele mampu mengatasi pemain pertahanan.
Walaupun beliau sering diwar-warkan akan berpindah kelab, Presiden Barcelona Joan Laporta dan ketua jurulatih Xavi kedua-dunya berharap beliau dapat diyakini untuk kekal di Nou Camp.


PAUL POGBA 

Kelab sekarang: Manchester United
Kelab dikaitkan: Juventus, Real Madrid, Paris St-Germain, Manchester City

PAUL POGBA meninggalkan Manchester United pada musim panas ini selepas tempoh enam tahun yang hambar dalam penyertaan keduanya di kelab itu.
Pemain 'midfield' itu memenangi
Piala Liga Bola Sepak England (EFL) dan Piala Europa dalam tempoh setahun setelah beliau kembali ke United dalam rekod pemindahan dunia, £89 juta, dari Juventus pada 2016.
Walaupun Pogba, 29 tahun, membantu Perancis menjuarai Piala Dunia pada 2018, beliau hanya mempamerkan sekilas hantaran hebat dan larian menyerang yang bahaya di United apabila diberi tugas dalam posisi lebih defensif dan penyokong jengkel dengan sikap acuh tak acuhnya.
Dalam satu dokumentari mengenai kehidupan peribadinya, Pogba dilaporkan berkata tawaran United untuk menaikkan kontraknya kepada £300,000 setiap minggu ''sesuatu yang biasa saja'', dan berkata bahawa sesiapa yang mahu dapatkan khidmat beliau harus berbelanja besar.


CHRISTIAN ERIKSEN

Kelab sekarang: Brentford
Kelab dikaitkan: Brentford, Tottenham, Manchester United, DC United

CHRISTIAN ERIKSEN sepatutnya di pertengahan kontrak empat setengah tahunnya di Inter Milan.
Namun, pemain berusia 30 tahun itu mengalami serangan jantung ketika mewakili Denmark di Euro 2020 Jun lalu dan sekaligus mengubah haluan kerjayanya apabila beliau perlu menggunakan peranti pemula jantung (ICD) apabila kembali beraksi di padang.
Keadaan itu menyebabkan Inter 'membebaskan' Eriksen - kerana ICD dilarang dalam Serie A - dan kemudian menyarung jersi Brentford selama enam bulan di mana beliau menyerlah ketika membantu kelab itu mengekalkan status Liga Perdana mereka.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3