Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06

5 pemain yang jadi sebutan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

5 pemain yang jadi sebutan

Aug 10, 2022 | 06:51 AM

MINGGU pertama Liga Perdana England yang baru telah berlalu, dan beberapa nama pemain baru kini menjadi sebutan penyokong pasukan masing-masing.

Berita Harian menampilkan lima pemain yang boleh meledak dan merancakkan EPL musim ini, berdasarkan persembahan mereka minggu lalu.

ERLING HAALAND, 22 tahun
Penyerang, Manchester City

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyifat kan Haaland sebagai pemain yang dilahirkan semata-mata untuk bermain bola sepak selepas beliau menjaringkan dua gol untuk membantu pasukan barunya menewaskan West Ham dalam perlawanan pertama.

Bukan itu sahaja, David Moyes, yang memimpin West Ham, berkata Haaland adalah pemain istimewa dan berpotensi menjadi bintang EPL.

Bukti potensi Haaland ini boleh dilihat dengan cara beliau memporak-perandakan benteng West Ham. Malah, beliau boleh menjaringkan hatrik, jika beliau tidak dikeluarkan oleh Guardiola. Namun, Haaland bersikap bersahaja apabila ditanya wartawan mengenai peluang yang hilang itu. Dengan penuh yakin, beliau berkata: "Alamak... tapi apa boleh buat. Lain kali, saya cuba lagi."

DARWIN NUNEZ, 23 tahun
Penyerang, Liverpool

Beliau tidak dimasukkan dari mula,

tetapi kesan yang ditinggalkan oleh

warga Uruguay ini bermakna

Jurgen Klopp mungkin tidak mampu

menyimpannya di bangku bagi perlawanan-perlawanan akan datang.

Dua kali Liverpool ketinggalan dalam perlawanan pembukaan dengan Fulham pada minggu lalu dan dua kali Nunez muncul untuk menyelamatkan pasukan barunya itu.

Dengan jaringan 1-0 berpihak kepada Fulham, Nunez berjaya menanduk masuk umpanan Andy Robertson untuk menjaringkan gol penyamaan.

Menyusuli itu, sejurus selepas Fulham menjaringkan gol kedua, Nunez berada di posisi yang baik dalam petak penalti untuk mengumpan bola kepada Mohamad Salah yang tidak mensia-siakan peluang keemasan menjaringkan gol kedua Liverpool.

WILLIAM SALIBA, 21 tahun
Pertahanan, Arsenal

Beliau telah menyertai Arsenal sejak tiga tahun lalu, tetapi hanya menyarung jersi pasukan itu dalam perlawanan EPL buat julung-julung kali semasa ia menentang Everton hujung minggu lalu.

Permulaan yang tertunggak itu adalah kejadian yang di luar kawalannya, seperti kecederaan dan dipinjamkan kepada kelab lain.

Namun, penantian itu mungkin satu hikmah, kerana Saliba, seorang warga Perancis bermain dengan begitu baik dalam perlawanan dengan Everton itu sehinggakan beliau dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Beliau bukan sahaja berjaya menewaskan lawannya setiap kali cuba menggelecek bola, malah, 94 peratus hantaran yang dibuatnya menemui sasaran.

Lebih menarik lagi, Saliba juga berjaya menanduk bola setiap kali bersaing dengan lawan, tujuh kali merampas bola dari kaki lawan dan semua ini dilakukannya tanpa melakukan sebarang kekasaran.

Pengurusnya, Mikel Arteta berkata: "Beliau menunjukkan lagi mengapa tandatangannya kini dimahukan oleh beberapa kelab utama. Tapi sayang

nya, beliau pemain kami. Dan beliau tidak akan dijual."

GIANLUCA SCAMACCA, 23 tahun
Penyerang, West Ham

Beliau mengasah bakatnya sebagai seorang remaja di akademi belia Roma dan menyusuli itu, warga Italy ini telah berpindah ke PSV Eindhoven di Belanda sebelum kembali ke kelab Serie A Italy Sassuolo.

Menyusuli itu, kerjayanya mula mekar dan bulan lalu, beliau menandatangani kontrak dengan West Ham.

Beliau mungkin tidak menjaringkan gol semasa West Ham ditewaskan oleh Machester City baru-baru ini, tetapi penyertaannya dalam perlawanan, dengan perlawanan berbaki 30 minit telah menambah jangkaan peminat West Ham.

Scamacca bukan sahaja pantas, malah bijak mengawal bola dan mencari ruang untuk diri sendiri. Beliau juga pandai merintis bola bagi rakan sepasukan.

Mengimbau zaman lalu, penyokong West Ham yang lebih tua mungkin teringat aksi Paolo Di Canio di kelab itu, dengan pemain itu kini dianggap bertaraf legenda di sana.

Bolehkah Scamacca mencapai tahap itu?

KALIDOU KOULIBALY, 31 tahun
Pertahanan, Chelsea

Beliau bukan pemain muda, tetapi kehadirannya memberikan harapan kepada penyokong Chelsea akan benteng pertahanan yang lebih stabil musim ini.

Koulibaly bukan sahaja cekap dan gagah semasa bertahan, malah beliau juga mampu merintis gol bagi pasukannya.

Hantarannya kepada Ben Chilwell dalam perlawanan dengan Everton menyebabkan pemain itu dikasari dalam petak penalti dan memenangi penalti bagi Chelsea.

Beberapa penyokong Chelsea yang menyuarakan kegembiraan mereka di media sosial berkata mereka telah mendapat pengganti lebih baik untuk Anthony Rudiger, yang telah berpindah ke Real Madrid.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3