Piala AFF Suzuki

5 perkara positif dari kempen S'pura di Piala AFF Suzuki

Kempen Singapura di Piala AFF Suzuki telah berakhir, tetapi ada beberapa perkara positif yang menandakan masa depan bola sepak di peringkat antarabangsa adalah cerah.

  1. Kebangkitan pemain muda

Kecuali penjaga gawang Hassan Sunny yang beraksi dalam semua perlawanan,  penglibatan pemain nasional generasi emas, seperti Khairul Amri, Shahril Ishak, dan Baihakki Khaizan terhad di Piala AFF Suzuki ini, dengan Shahril ditimpa kecederaan yang mengakhiri kempennya selepas enam minit di padang.

Perkembangan ini bersangkut-paut dengan kebangkitan pemain muda seperti Irfan Fandi, 21 tahun, Zulqarnaen Suzliman, 20 tahun dan Ikhsan Fandi, 19 tahun yang menunjukkan mereka keluar dari ‘zon selesa’ di liga domestik dan dan mampu bersaing di peringkat nasional.

Irfan, yang berdiri setinggi 1.88 meter jarang ditewaskan di udara dalam petak penalti sendiri, sementara sementara Ikhsan menunjukkan ‘naluri’ sebagai penyerang berkaliber apabila menyumbat gol secara akrobatik dalam perlawanan menentang Timor-Leste. Kecuali dalam perlawanan kumpulan terakhir menentang Thailand, di mana beliau menunjukkan tanda-tanda gementar, Zulqarnaen cemerlang di posisi bek dan kerap menyertai serangan pasukan.

  1. Pertahanan kukuh

     

    Dalam tempoh kurang enam bulan, Fandi telah membentuk benteng pertahanan kukuh yang menggabungkan kematangan pemain berpengalaman dengan tenaga pemain muda.

    Irfan Fandi dan Safuwan Baharudin pantas dan lasak di tengah barisan pertahanan, sementara Shakir Hamzah dan Zulqarnaen Suzliman bukan sahaja pantas mengejar lawan, malah berupaya memberi sokongan kepada rakan sepasukan semasa mengasak benteng lawan.

    1. Faktor Fandi

    Tidak boleh diketepikan ialah ‘faktor Fandi’ dalam mempengaruh pemain untuk berjuang bermati-matian dalam setiap perlawanan. Kedudukannya sebagai bekas pemain bola sepak bertaraf legenda yang disegani sehingga Eropah, bak memberi Fandi ‘penghormatan serta-merta’ daripada pemainnya.

    Beliau juga bersikap realistik dan sering memberitahu media bahawa pasukannya bukan yang terhandal di rantau ini, tetapi beliau yakin mereka akan  berjuang bermati-matian bagi satu sama lain.

    Malah, dalam beberapa laporan, Fandi berkata beliau yakin Singa boleh bersaing dengan pasukan terbaik kerana mempunyai semangat pasukan yang hebat.

    Tidak hairanlah, ada sebahagian penyokong yang melahirkan harapan agar Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) melanjutkan kontrak Fandi sebagai jurulatih nasional melebihi tempoh enam bulan yang ditetapkan.

    1. Tunggak pasukan bagi masa hadapan

      

    Pemain mapan seperti Hariss Harun, 28 tahun,  Safuwan Baharudin dan Izzdin Shafiq, kededuanya 27 tahun, dianggap pemain mapan yang menjadi tulang belakang pasukan.

    Pemain-pemain ini dijangka masih memain peranan pada kempen Piala AFF Suzuki yang selanjutnya pada 2020, dan bersama pemain lebih muda seperti Irfan Fandi, Ikhsan Fandi dan Zulqarnaen Suzliman, boleh membentuk pasukan nasional yang mampu bersaing bagi kejuaraan serantau ini.

    1. Sokongan peminat

      

    Lebih 30,000 penonton menyaksikan Singapura menewaskan Indonesia 1-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B di Stadium Negara. Jumlah yang serupa menyaksikan Singapura membelasah Timor-Leste 6-1 di tempat yang sama. Jumlah penonton ini menunjukkan minat warga Singapura kepada bola sepak, walau mungkin pudar atau berbelah bagi kebelakangan ini, masih berkekalan, dan semangat penyokong boleh disemarak, antaranya, jika mereka boleh melihat pemain berjuang seberapa boleh di padang.

     

 

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.