Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA NEGARA-NEGARA AFRIKA

6 maut dalam insiden rempuhan penyokong; cemari kemenangan Cameroon

Jan 26, 2022 | 05:30 AM



YAOUNDE (CAMEROON): Enam orang terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas satu insiden rempuhan di pintu masuk Stadium Olembe di ibu kota Cameroon kelmarin, sejurus sebelum perlawanan Piala Negara-Negara Afrika antara negara itu dengan Comoros bermula.



Had penonton bagi stadium yang boleh menampung 60,000 orang itu telah dihadkan kepada 60 peratus sebelum ini - akibat langkah keselamatan Covid-19 - tetapi dinaikkan kepada 80 peratus bagi perlawanan tersebut.



Pegawai pihak berkuasa berkata mereka menganggarkan sekitar 50,000 orang cuba memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan itu.



"Rempuhan di pintu masuk ke Stadium Olembe menyebabkan enam maut dan puluhan lagi cedera," menurut penyiar negara itu, CRTV.



Mangsa yang cedera difahamkan dimasukkan ke Hospital Messassi di bandar yang sama.



Seorang bayi juga dilaporkan dipijak dalam kejadian itu tetapi berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Besar Yaounde dengan keadaannya dilaporkan stabil.



Kejadian dipercayai berlaku ketika penyokong berebut-rebut untuk masuk ke tempat duduk aras bawah di stadium tersebut.



Menyusuli kejadian itu, Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF) berkata mereka akan menjalankan siasatan punca tragedi tersebut.



Persekutuan itu berkata, Setiausaha Agung CAF akan melawat penyokong yang cedera di hospital dan berbincang dengan pemerintah Cameroon serta Jawatankuasa Penganjur berhubung kejadian itu.



Sebelum perlawanan ini, CAF terpaksa melaksanakan beberapa langkah seperti menyediakan khidmat pengangkutan dan memberikan tiket percuma kepada peminat untuk menarik penyokong ke stadium-stadium yang menjadi tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika.



Namun, minat bagi kejohanan itu telah bertambah, terutama di Cameroon, selaku tuan rumah, selepas peringkat kumpulan.



Kelmarin, keadaan kembali tenang di stadium di penghujung perlawanan, yang berkesudahan dengan Cameroon menewaskan Comoros 2-1.



Keputusan itu mengakhiri perjalanan bak mimpi bagi Comoros - sebuah negara kecil dari kepulauan di Lautan Hindi - dalam pertandingan ini.



Ini termasuk menewaskan Gabon untuk mara ke pusingan kalah mati.



Comoros membuktikan potensinya untuk bersaing dengan Cameroon hingga wisel penamat, walaupun terpaksa menurunkan pemain bek kiri Chaker Alhadhur sebagai penjaga gawang dari mula perlawanan selepas dua penjaga gawang utama pasukan itu dijangkiti Covid-19.



Ia juga menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas kapten Nadjim Abdou dilayang kad merah pada awal permainan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >