Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

6 pesaing utama

Aug 12, 2017 | 05:30 AM



Musim baru 2017/2018 Liga Perdana England sudah pun bermula dengan pertemuan antara Arsenal dan Leicester City pada dini hari tadi. Juara bertahan Chelsea akan beraksi menentang Burnley malam ini. Turut beraksi malam ini ialah Liverpool dan Manchester City. Berita Harian menyorot cabaran dan peluang enam pasukan utama sempena musim baru ini.



1. Dapatkah Chelsea dan Conte elak musim kedua yang mengecewakan?



Hanya tiga bulan selepas menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana, bos Chelsea, Antonio Conte, menyifatkan musim baru ini sebagai "ujian paling sukar" sepanjang kerjayanya sebagai pengurus.



Sejak dua musim lalu, kelab Stamford Bridge itu dan Leicester telah memecat pengurus masing-masing kurang setahun selepas muncul juara liga.



Harapan yang diletak ke atas bahu Conte adalah besar, lebih-lebih lagi selepas beliau membelanjakan lebih £100 juta ($177 juta) untuk mendapatkan Alvaro Morata, Tiemoue Bakayoko dan Antonio Rudiger.



Namun, dengan prestasi pramusim yang mengecewakan, termasuk kekalahan dalam kededua perlawanannya di Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Singapura bulan lalu, kemungkinan Conte mengikut jejak Jose Mourinho dan Claudio Ranieri - yang dipecat selang kurang semusim selepas membantu pasukan masing-masing muncul juara - bukanlah sesuatu yang mustahil.



2. Bolehkah Wenger elak luka lama berdarah lagi?



Sekalipun menamatkan musim lalu dengan kemenangan sagu hati - menjulang Piala FA - masa depan pengurus Arsene Wenger terus mendapat tumpuan disebabkan apa yang dianggap sebagai ketandusan mencatat kejayaan dalam liga dan di Eropah sejak 13 tahun lalu.



Terkeluar daripada Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak 20 tahun lalu, Wenger sedar pasukannya tidak mampu terkial-kial pada awal musim ini.



Jika tidak, laungan penyokong sendiri yang mahukan beliau letak jawatan - seperti yang kerap didendangkan musim lalu - pasti bergema lagi.



3. Benarkah Guardiola kini lebih memahami bola sepak England?



Tiba dengan reputasi tinggi melangit sebagai bekas bos Barcelona dan Bayern Munich, Pep Guardiola menamatkan musim sulung di England dengan tangan kosong dan menganggapnya sebagai satu pengalaman penuh pengajaran.



Lebih matang musim ini - dan selepas berbelanja besar sekitar £200 juta bagi memperkuatkan pasukannya dengan mendapatkan Kyle Walker, Benjamin Mendy dan Bernardo Silva - mungkin tiada lagi alasan untuk Guardiola gagal.



Sekurang-kurangnya, City - yang menamatkan saingan musim lalu di tangga ketiga - berpeluang bersaing dalam Liga Juara-Juara, sesuatu yang tentunya dicemburi Arsenal.



4. Mampukah Mourinho kembalikan era cemerlang United?



Penilaian ke atas musim sulung Jose Mourinho memimpin Manchester United mencetuskan respons berbelah-bahagi.



Kecewaan menduduki tangga keenam liga diubati dengan kejayaan menjuarai Piala Liga dan Liga Europa, yang turut menghadiahkannya tiket beraksi dalam Liga Juara-Juara musim ini.



Mourinho turut berbelanja besar - mendapatkan Romelu Lukaku, Nemanja Matic dan Victor Lindelof - dalam usaha United menjuarai liga kali ini, yang pertama sejak 2013.



5. Bolehkah Tottenham orak selangkah lagi?



Menduduki tangga ketiga dua musim lalu dan tangga kedua musim lalu, persoalannya ialah bolehkah Tottenham Hotspur naik setangga lagi untuk ditabal juara Liga Perdana musim ini?



Di atas kertas, pengurus Spurs, Mauricio Pochettino, memiliki skuad yang mampu bersaing bagi mahkota kejuaraan kali ini tetapi ia turut berhadapan pelbagai cabaran.



Sedang pasukan lain berbelanja besar memperkasa skuad masing-masing, Spurs memilih ikat pinggang kali ini. Buat pertama kalinya juga mereka akan bermain di Wembley sebagai padang sendiri sementara menanti stadium baru mereka siap dibina.



6. Dapatkah Klopp kembalikan sentuhan emasnya?



Memasuki musim ketiga di Anfield, harapan lebih besar tentunya diletakkan ke atas bahu pengurus Liverpool, Juergen Klopp.



Bos asal Jerman itu tidak teragak-agak mengeluarkan bayarn rekod baru kelab itu sebanyak £43.9 juta bagi memancing bintang sayap Mohamed Salah daripada Roma.



Namun, sama ada ia cukup untuk membawa trofi kejuaraan Liga Perdana ke Anfield buat kali pertama sejak 1990 sukar diramal. Ini lebih-lebih lagi jika Klopp kehilangan tunggak midfield, Philippe Coutinho, yang dikatakan berminat menyahut lamaran Barcelona.




DUA KELAB YANG MAMPU BUAT KEJUTAN



EVERTON



Menamatkan musim lalu di tangga ketujuh, Everton pasti mahu melompat lebih tinggi. Kini ia di bawah bimbingan legenda bola sepak Belanda, Ronald Koeman, dan disokong pelabur utama kelab, Farhad Moshiri.



Kelab bergelar The Toffees ini juga antara yang paling sibuk di pasaran pemindahan pemain pada musim panas ini - mendapatkan penjaga gawang Jordan Pickford, pemain bek England Michael Keane, penyerang muda Sepanyol Sandro Ramirez dan bekas kapten Ajax Davy Klaassen.



Everton dijangka lebih berbahaya jika bekas kapten England, Wayne Rooney, dapat mengembalikan sentuhan berbisanya di hadapan gawang lawan.



SOUTHAMPTON



Kejayaan mendapatkan tandatangan Mario Lemina daripada Juventus tentunya satu isyarat besar mengenai cita-citanya pada musim baru ini.



Kehadiran pemain muda berbakat midfield ini di samping penyerang Italy Manolo Gabbiadini dijangka menyemarakkan semangat juang Southampton, yang dipimpin pengurus yang baru dilantik Jun lalu, Mauricio Pellegrino.



Turut memperkuatkan kelab St Mary itu ialah pemain 'attacking midfielder' Maghribi, Sofiane Boufal, yang menyertai Southampton daripada kelab Perancis, Lille.




JADUAL



HARI INI



*Arsenal lwn Leicester
Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 2.45 pagi



Watford lwn Liverpool
Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 7.30 malam



Everton lwn Stoke
Singtel TV Sal 103 & StarHub TV Sal 228, 9.50 malam



Southampton lwn Swansea
Singtel TV Sal 104 & StarHub TV Sal 229, 9.50 malam



Crystal Palace lwn Huddersfield
Singtel TV Sal 105 & StarHub TV Sal 230, 9.50 malam



West Brom lwn Bournemouth
Singtel TV Sal 106 & StarHub TV Sal 231, 9.50 malam



Chelsea lwn Burnley
Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 10 malam



Brighton HA lwn Man City
Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 12.30 tengah malam



ESOK



Newcastle lwn Tottenham
Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 8.30 malam



Man United lwn West Ham
Singtel TV Sal 102 & StarHub TV Sal 227, 11 malam



Nota: * perlawanan sudah pun berlangsung awal pagi tadi



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >