Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

7 satria tanding S’pura layak ke final kejohanan dunia

Jul 30, 2022 | 11:09 PM



TUJUH pesilat tanding Singapura mara ke pentas akhir Kejohanan Pencak Silat Dunia 2022.



Ini bermakna sama ada pingat perak atau emas menanti skuad silat negara di hari kemuncak edisi ke-19 kejohanan pada Ahad (31 Julai).



Dalam aksi separuh akhir acara tanding, yang berlangsung Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Sabtu, juara bertahan dunia Sheik Farhan Sheik Alau’ddin (kelas J putera) dengan mudah mara ke pusingan akhir apabila menang tanpa bertanding.



Lawannya dari Malaysia, Mohamed Firdaus Latib menarik diri kerana cedera.



Muhammad Nurshahfareeq Shahrudin (kelas I putera) bagaimanapun harus berhempas-pulas untuk menang 34-30 menentang warga Thailand, Saranon Glompan.



Nadhrah Sahrin (kelas A puteri) dan Dhani Andika Razali (kelas bawah 45kg putera) juga berdepan lawan sukar. 



Nadrah dan Dhani, dalam penyertaan pertama mereka dalam kejohanan dunia, masing-masing bangkit dari ketinggalan untuk menang 30-24 dan 49-30 menentang warga Thailand, Firdao Duromae, dan pesilat tuan rumah, Muhammad Akma Danish Mohd Amirul.



Wakil kelas E putera, Abdul Raazaq Abdul Rashid berjaya mengatasi Ian Calo dari Filipina 28-21.



Aniq Asri Mohammad Yazid (kelas B putera) bertarung bermatian-matian untuk mengalahkan Abdul Malik dari Indonesia 12-4.



Singapura turut menambah lima pingat gangsa pada pungutan mereka dalam kejohanan dunia pada Sabtu.



Muhammad Hazim Mohd Yusli (kelas C putera) gagal mempertahankan takhta juaranya dan akan hanya pulang dengan gangsa selepas tewas kepada warga Indonesia M. Yascher Arafa 27-31.



Nur Syaza Insyirah Md Roslan (kelas B puteri), tidak dapat memperbaiki persembahan peraknya dalam edisi lalu setelah jatuh di tangan warga Indonesia, Safira Dwi Meilani 14-70.



Juara dunia empat kali Siti Rahmah Mohamed Nasir dari Malaysia terbukti terlalu kuat untuk Nur Shaqira Sheik Alau’ddin (kelas F puteri) apabila menewaskan pesilat Singapura itu 38-16.



Muhammad Riansyauqi Mistam (kelas D putera) dan Muhammad Syahiran Jeffry (kelas H putera) masing-making tumpas 38-60 dan 20-28 di tangan pesilat Thailand, juara Sukan SEA 2022 Adilan Chemaeng dari Thailand dan Pimpirat Tonkhieo.



Skuad silat Singapura sudah menggondol lima pingat - dua emas dan tiga perak - menerusi acara seni di Melaka.



Dua emas itu dimenangi Muhammad Iqbal Abdul Rahman (regu putera) dan Iffah Batrisyia Noh, Amirah Sahrin serta Nur Ashikin Zulkifli (regu puteri).



Pingat gangsa pula adalah hasil sumbangan Siti Nazurah Mohd Yusoff (tunggal puteri); pasangan adik-beradik Muhammad Hazim dan Muhammad Haziq Mohd Zaque (ganda putera); dan Muhammad Affiz Md Zakri, Muhammad Nazrul Mohd Kamal serta Muhammadinil Mustafar Mohd Isa (regu putera). 



Dalam edisi lalu pada 2018, yang diadakan di tanah air, Singapura meraih pencapaian terbaiknya dalam kejohanan itu, merangkul 20 pingat - tujuh emas, enam perak dan tujuh gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >