Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA SULTAN SELANGOR

85 kanak-kanak Pertapis berpeluang saksi perlawanan

May 06, 2017 | 05:30 AM



SEKITAR 85 kanak-kanak daripada Rumah Kanak-Kanak Pertapis, Pusat Wanita dan Kanak-Kanak Pertapis dan anak daripada keluarga yang menerima bantuan dana Pertapis bakal memeriahkan suasana Stadium Negara semasa berlangsungnya Piala Sultan Selangor hari ini.



Sebanyak 100 tiket bagi menyaksikan perlawanan Singapura dengan Selangor telah didermakan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) kepada Pertapis semalam bagi mengajak mereka bersama-sama menikmati perlawanan itu.



Wakil daripada FAS yang terdiri daripada ketua jurulatih pasukan Singapura Fandi Ahmad, penolong jurulatih Nazri Nasir, pengurus pasukan Noh Alam Shah dan Pengarah Pemasaran FAS Rikram Singh telah menyampaikan tiket tersebut berserta cenderahati seperti jersi dan bola yang ditandatangani kepada Ketua Rumah Kanak-Kanak Pertapis, Dr Sophian Kayat.



Menurut Dr Sophian, ini merupakan peluang keemasan bagi kanak-kanak itu berseronok pada hujung minggu.



"Penglibatan seperti ini membawa mereka lebih dekat kepada masyarakat kerana warga rumah kebajikan di sini sudah terbiasa hidup dalam institusi disebabkan keadaan keluarga mereka.



"Untuk itu, melalui peluang seperti ini mereka dapat belajar cara bergaul semula dengan masyarakat dan juga bergembira," katanya.



Encik Singh berkata ini merupakan usaha FAS untuk menjangkau kepada semua golongan masyarakat.



"Saya mewakili presiden FAS, anggota majlis serta Encik Teo Heck Seng ingin menyatakan bahawa FAS akan meneruskan usaha melibatkan semua segmen masyarakat termasuk golongan yang kurang bernasib baik untuk menjadi sebahagian 'keluarga' bola sepak Singapura," kata Encik Singh.



Nazri pula berkata beliau berharap kanak-kanak yang menyaksikan perlawanan tersebut akan berasa terdorong.



"Kami ingin menunjukkan kepada mereka bahawa kami ingin melibatkan mereka dalam perlawanan dan ingin melihat mereka gembira," katanya.



Piala Sultan Selangor akan berlangsung 8 malam ini di Stadium Negara, Hab Sukan Singapura.



Tiket boleh didapatkan di www.sportshubtix.com, SportsHub Box Office, cawangan SingPost dan hotline Sports Hub di +65-3158-7888.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >