Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

9 pemain bola sepak S’pura didenda kerana langgar had waktu di Sukan SEA

Mar 07, 2020 | 07:27 PM



SERAMAI sembilan pemain bola sepak nasional  dalam skuad Bawah-23 tahun yang melanggar hak waktu semasa Sukan SEA di Filipina Disember lalu telah dikenakan denda, kata Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC) pada Sabtu (7 Mac).



Jurucakap SNOC berkata jawatankuasa disiplinnya, yang dipengerusikan oleh peguam Lau Kok Keng, menemui pemain terlibat dalam dua insiden berasingan dan mereka diberi peluang untuk mempertahankan diri, lapor The Straits Times.



Para pemain itu telah dimaklumkan tentang keputusan tersebut kira-kira dua minggu selepas perbicaraan disiplin pada 31 Januari lalu.



Kejadian pertama melibatkan Kenji Rusydi dan Zulqarnaen Suzliman, kedua-duanya 21 tahun, Lionel Tan dan Joshua Pereira, kedua-duanya 22 tahun, Zharfan Rohaizad, 23 tahun, dan pemain lebih umur Tajeli Salamat, 26 tahun.



Tiga lagi Hami Syahin, Saifullah Akbar, kedua-duanya 20 tahun, dan Shah Shahiran, 20 tahun, terlibat dalam satu kejadian berasingan.


Mereka didenda antara $1,000 hingga $2,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >