LIGA PERDANA ENGLAND
Ada siapa berani nafikan Liverpool?
Masih lagi Januari tetapi sukar lihat pasukan lain dapat kejar pasukan pimpinan Klopp
Jan 28, 2020 | 05:30 AM
MASIH lagi Januari tetapi segala petanda menunjukkan Liverpool hampir pasti menjulang mahkota Liga Perdana England musim ini - kali pertama sejak 30 tahun pasukan The Reds itu bergelar juara England.
Penyokong mereka sudah pun dapat 'menghidunya' - buat pertama kali kedengaran lantang sorakan 'Kami akan memenangi Liga' semasa kemenangan 2-0 ke atas musuh ketat, Manchester United, baru-baru ini.