Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Ada yang tak kena pada Brazil...

Nov 27, 2022 | 05:30 AM



UNTUK Brazil beraksi selama 20 tahun lalu tanpa menjulang Piala Dunia kelihatan seperti satu perkara pelik.



Seolah-olah ada sesuatu tidak kena bagi juara dunia lima kali itu.



Bagaimanapun, kejayaan dalam bola sepak, seperti lazimnya berlaku dalam sebarang sukan, adalah berkitar.



Dan selepas mengharungi dua dekad yang kurang memuaskan, pasukan Selecao tiba di Qatar sebagai pasukan terbaik dalam ranking dunia, dan mereka kelihatan bersedia kembali kepada zaman kegemilangannya.



Pengurus Brazil Tite, dalam penampilan terakhirnya untuk pasukan, memilih skuad yang membariskan pemain bertaraf dunia da-lam setiap bahagian.



Daripada penjaga gol Alisson Becker dan Ederson kepada pemain pertahanan Thiago Silva, pemain midfield Casemiro, dan bintang penyerang seperti Neymar, Gabriel Jesus dan Vinicius Junior, Tite pastinya rambang mata untuk menurunkan sebelas pemain terbaik pada hari perlawanan.



Justeru, tidak hairanlah, berbe-kalkan skuad mantap sebegini, rata-rata ramai meramalkan negara Amerika Selatan itu akan digelar juara tahun ini.



Brazil kali terakhir merangkul Piala Dunia pada 2002 di edisi Korea Selatan/Jepun.



Di Qatar tahun ini, dapatkah Brazil mengakhiri kemarau mereka di tanah Asia sekali lagi?



"Mereka mempunyai skuad seimbang merangkumi pemain muda dan yang berpengalaman. Oleh itu, ramai yang kata sudah tiba masanya untuk mereka menang Piala Dunia," kongsi pemain pertahanan Tanjong Pagar United, Faritz Hameed, semasa rakaman podcast #NoTapis Extra Time, sebuah podcast sukan terbitan Berita Harian, baru-baru ini.



"Anda tidak boleh bergantung saja pada pemain senior, anda juga tidak boleh membeban segalanya pada pemain muda. Saya fikir mereka adalah pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan disebabkan keseimbangan ini dan mutu dalam pemain mereka."



Pemain senior seperti Dani Alves (39 tahun), Silva (38), Weverton (34), dan Everton Ribeiro (33) membawa kematangan dalam permainan, manakala wajah baru, antaranya Gabriel Martinelli (21), Rodrygo (21), Vinicius (22) dan Antony (22) pula menyuntik kesegaran dan tenaga.



Penolong jurulatih Geylang International, Syed Azmir, dalam rakaman podcast sama sependapat.



"Brazil ini sebenarnya mereka tidak akan putus mempunyai bakat hebat...Walaupun mereka kali terakhir menang Piala Dunia 20 tahun lalu, tetapi setiap kali Piala Dunia diadakan, Brazil mempunyai skuad baik," ujar beliau.



"Jika kita lihat pasukan Brazil dalam setiap bahagian, mereka sangat kuat... Dan semua pemain yang mereka bawa adalah berkua-liti.



"Jadi, sekiranya mereka tidak beraksi cemerlang kali ini, tekanan sejujurnya akan berada di bahu mereka."



Malah, Azmir menyatakan taruhan Brazil tahun ini tidak banyak berbeza daripada edisi lalu.



"Tetapi, setiap kali Brazil ke Piala Dunia, mereka sentiasa akan berada di bawah tekanan. Apakan tidak, mereka adalah pasukan Brazil," tambah Azmir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >