Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

EURO 2020 - KUMPULAN A

Adakah Wales, Switzerland atau Turkey?

Jun 20, 2021 | 05:30 AM



Wales lwn Italy



DALAM perlawanan esok, Wales, penghuni tempat kedua Kumpulan A, mungkin tidak perlu apa-apa daripada perlawanan kumpulan terakhir mereka.



Tiada pasukan dengan empat mata atau lebih gagal melayakkan diri ke pusingan kedua di Euro 2016.



Anak buah Robert Page sudah mengumpul empat mata tetapi mereka sedar bahawa Switzerland akan dapat menandingi mata itu dengan kemenangan ke atas Turkey.



Keputusan seri menentang Italy, lantas menjamin kelayakan Wales ke pusingan 16 pasukan terakhir sebagai naib juara Kumpulan A.



Kemenangan akan menjamin laluan mereka sebagai juara kumpulan.



Sekiranya mereka kalah, Wales masih mempunyai peluang baik ke pusingan kalah mati, sama ada sebagai naib juara kumpulan atau salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik kejohanan.



Apabila ditanya sama ada empat mata yang diraih cukup untuk mara ke pusingan seterusnya, bintang Wales Gareth Bale berkata:



"Anda mahu berfikir begitu tetapi tidak ada yang pasti, lihat apa yang akan berlaku.



"Sekiranya anda memberi kami empat mata pada awalnya, saya pasti tidak akan percaya, jadi kami gembira."




Turkey lwn Switzerland



SWITZERLAND dan Turkey akan bertekad memperbaiki persembahan masing-masing yang hambar dan merebut mata maksimum esok.



Switzerland tumpas 0-3 kepada Italy Khamis lalu dan berjaya menyekat Wales 1-1 dalam perlawanan pembukaan mereka.



Turkey pula mengecewakan, tersungkur di tangan lawan, Italy 0-3 dan Wales 0-2.



Dengan dua perlawanan itu, Switzerland menduduki tempat ketiga dengan satu mata.



Untuk melangkah ke pusingan seterusnya, pasukan kendalian Vladimir Petkovic akan perlu bangkit mengalahkan Turkey.



Mengulas persembahan pasukan selepas kekalahan pada Italy, Petkovic berkata:



"Kami bersaing dengan pasukan yang kuat, mereka menimbulkan banyak masalah kepada kami. Kami tidak yakin pada diri sendiri, ini tidak paparkan perwatakan kami.



"Kami kecewa dengan apa yang kami tunjukkan di padang. Saya sudah memberitahu pemain dan mengatakan kepada mereka bahawa kita tentu rasa kecewa malam ini, tetapi mulai esok kita harus positif untuk perlawanan penentuan menentang Turkey sekiranya kami mahu berjaya sampai ke pusingan 16 pasukan terakhir."



Kapten Switzerland Granit Xhaka juga sependapat.



"Kami mahu kekal positif walaupun mengalami kekalahan yang wajar. Dengan kemenangan menentang Turkey, kami masih mempunyai peluang baik untuk melayakkan diri," tambah pemain Arsenal itu.



Turkey menduduki tangga paling bawah Kumpulan A tanpa memungut sebarang mata.



Jurulatih Turkey Senol Gunes mengambil tanggungjawab pada prestasi hambar pasukannya di Euro 2020, walaupun pada awalnya menuding pada beberapa kesilapan individu.



"Saya tidak ingat kami buat begitu banyak kesilapan sebelum ini. Apabila anda kehilangan bola dengan mudah, dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkannya kembali, tidak hairanlah anda akan alami tekanan," kata Gunes.



"Saya bertanggungjawab sepenuhnya. Mereka semua pemain yang baik tetapi kami mengharapkan lebih daripada mereka. Tidak wajar untuk menyalahkan pemain."




Siapa mara?



SWITZERLAND mungkin terlalu kuat untuk pasukan Turkey yang kucar-kacir buat masa ini.



Sementara itu, Wales akan sasarkan mencatat keputusan seri di Rome esok untuk menduduki tangga kedua Kumpulan A dan menyertai Italy ke pusingan 16 pasukan terakhir Euro 2020.



Switzerland akan kekal di tangga ketiga kumpulan namun tetap berpeluang ke pusingan selanjutnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >