MUNGKIN berat untuk mengatakannya secara terang-terangan tetapi Adam Swandi - antara pemain muda paling berbakat di negara ini - menaruh harapan dapat membantu rakan- rakannya memburu pingat emas di Sukan SEA Ke-28 Singapura yang akan bermula tidak lama lagi.
Skuad Bawah 23 Tahun Nasional akan membuka kempennya dalam acara bola sepak Sukan SEA ini dengan pertemuan menentang Filipina di Stadium Jalan Besar pada 1 Jun ini.