Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Adam Swandi enggan dianggap sebagai pemain muda lagi

Jun 29, 2019 | 05:30 AM



SEBAGAI pemain muda negara, Adam Swandi sering menunjukkan semangat tinggi untuk memperbaiki persembahannya di dalam padang.



Sejak menyertai Albirex Niigata musim lalu, pemain berusia 23 tahun itu sering mendambakan peluang beraksi di kejohanan kelab rantau ini terutama dalam Piala AFC.



Meskipun juara bertahan Albirex telah meluahkan hasrat mereka untuk mengekalkan beliau bersama mereka bagi musim Liga Perdana Singapura (SPL) tahun ini, Adam telah membuat keputusan untuk menyertai Home United semula, yang pada waktu itu di bawah bimbingan bekas jurulatih Saswadimata Dasuki,



"Ia merupakan satu perasaan yang bagus dapat kembali ke tempat yang pernah anda bersama sebelum ini.



"Bagi saya, saya kenali ramai di sini seperti kakitangan dan pemainnya.



"Walaupun terdapat sedikit perubahan, tetapi ramai pemain masih berada bersama kelab ini sejak saya menyertai Albirex tahun lalu. Memang saya rasa selesa di kelab ini.



"Di samping itu, saya juga mahu beraksi di Piala AFC dan itulah antara sebab utama saya mengambil keputusan kembali bersama Home.



"Albirex memang ingin mengekalkan saya lagi tetapi selepas mendapat pandangan keluarga serta wakil kedua-dua kelab, saya rasa pilihan terbaik adalah kembali ke sini dan mendapat pendedahan dalam pertandingan bola sepak rantau ini," kata Adam.



Adam merupakan antara dua pemain setempat pertama yang ditampilkan pasukan tersebut, dan beliau diberi kepercayaan beraksi dalam kesebelasan utama oleh bekas ketua jurulatih Kazuaki Yoshinaga pada musim lalu.



Sepanjang 24 perlawanan, beliau telah ditampilkan dalam 20 perlawanan dan berjaya menjaringkan tiga gol.



Menyentuh tentang pengalaman itu, Adam berkata:



"Saya rasa, apabila saya menyertai sebuah kelab baru dan bermain di samping pemain baru, saya perlu menyesuaikan diri dengan cara mereka bermain.



"Bagi saya, saya hanya perlu mendengar arahan yang diberi jurulatih.



"Walau apapun, ia merupakan satu pengalaman berharga bagi saya dan saya hanya perlu memperbaiki persembahan saya dan beraksi dengan terbaik agar dapat membantu mereka menang."



Atas persembahan cemerlangnya itu, beliau telah dinobat sebagai Pemain Muda Terbaik SPL musim lalu.



Namun begitu, Adam yang pernah mengikuti latihan bersama kelab Perancis FC Metz dan juga Albirex di Jepun, menegaskan beliau kini ingin membuang gelaran pemain muda itu.



Dalam ambang perubahan fasa kerjaya bola sepaknya, Adam mahu berkembang menjadi pemain yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab seperti pemain senior.



"Sebenarnya musim lalu saya sudah mula merasakan diri saya bukan lagi seorang pemain muda. Saya rasa seperti seorang pemain yang perlu berada di tahap lebih tinggi.



"Itulah antara sasaran saya tahun ini, agar tidak dianggap sebagai pemain muda lagi, namun sebagai seorang pemain penting bagi kelab dan skuad nasional.



"Itulah yang pula saya terus usahakan. Saya sudahpun mempunyai pengalaman beraksi sepanjang musim dalam liga ini dan saya rasa sudah tiba masanya saya menunjukkan kebolehan saya sebagai seorang pemain senior," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >